Sunday, August 4, 2013

Interpol syak Al-Qaeda terlibat kejadian lari dari penjara

LYON 4 Ogos - Polis Antarabangsa Interpol mensyaki penglibatan Al-Qaeda dalam kejadian `lari dari penjara’ baru-baru ini di sembilan buah negara termasuk Iraq, Libya dan Pakistan.
Interpol dalam kenyataannya hari ini berkata bahawa `lari dari penjara’ membawa kepada kejadian beratus-ratus pengganas dan penjenayah melarikan diri pada bulan lalu dan telah mengeluarkan amaran keselamatan.
Ia juga telah meminta 190 negara anggota membantu menentukan sama ada mana-mana peristiwa baru-baru ini untuk diselaraskan dan dikaitkan dengan segera, lalu membawanya kepada pengetahuan pihak berkuasa bagi tujuan pencegahan serangan lain.
Amaran Interpol itu hadir sehari selepas Amerika Syarikat mengeluarkan amaran perjalanan di seluruh dunia dan mengarahkan kedutaannya di seluruh negara Islam ditutup buat sementara waktu kerana terdapat cancangan Al-Qaeda untuk menyerang kepentingan AS di Timur Tengah atau Afrika Utara pada bulan Ogos.-AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130804/lu_06/Interpol-syak-Al-Qaeda-terlibat-kejadian-lari-dari-penjara#ixzz2b056txC1
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment