Jakarta: Gabenor Jakarta Joko Widodo dan tokoh Parti Gerakan Indonesia Raya Prabowo Subianto dilihat menjadi tokoh pilihan untuk menjadi presiden negara itu bagi menggantikan Susilo Bambang Yudhoyono.
Tokoh penting ketika kebangkitan reformasi selepas era Suharto, Amien Rais berkata, setakat ini tiada mana-mana ahli politik dapat menandingi populariti Jokowi nama lain untuk Joko Widodo serta Prabowo. “Ya, Jokowi dan Prabowo menjadi calon presiden yang berwibawa,” katanya selepas acara melancarkan majlis Parti Amanat Nasional (PAN) di Senayan semalam. Amien berkata, Jokowi adalah tokoh yang digemari rakyat, manakala Prabowo seorang pemimpin tegas.
Bagaimanapun bekas Speaker Majlis Permusyawaratan Rakyat itu tidak pasti akan siapa yang akan disokongnya. Kenyataan Amien itu menampakkan perubahan sikapnya apabila sebelum ini dia menganggap Jokowi bukan calon sesuai untuk menjadi Gabenor Jakarta. Pertengahan bulan lalu juga Amien membayangkan dia akan menyokong Ketua Umum PAN, Hatta Rajasa untuk berganding dengan Jokowi dalam pilihan raya tahun depan. - Agensi
No comments:
Post a Comment