Protes makin sengit apabila ribuan penyokong berhimpun di kompleks stesen televisyen swasta di Kaherah.
KAHERAH - Selepas genap 30 hari Presiden Mesir Muhammed Mursi ditahan, ribuan penyokong meningkatkan lagi protes bagi memberi tekanan terhadap kerajaan sementara diterajui Presiden sementara Adly Mansour.
Selepas sebulan Mursi ditahan, media difahamkan pemimpin itu telah dipindahkan sebanyak tiga kali ke lokasi rahsia yang dikawal ketat oleh tentera kerajaan sementara.
Sehingga kini, keluarga beliau masih belum bertemu dengannya kecuali wakil Kesatuan Eropah, Catherine Ashton dan wakil Kesatuan Afrika Alfa Omar Konari yang dilaporkan pernah bertemu beliau di lokasi rahsia.
Di Kaherah, pihak berkuasa merancang mengepung penyokong Mursi di luar Masjid Rabaah al-Adawiya dan sekitar Universiti Kaherah serta berkawal ketat di laluan keluar masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah.
Dalam perkembangan terbaru, polis rusuhan melepaskan gas pemedih mata ke arah penyokong Mursi selepas mereka bertindak menyerang kompleks televisyen swasta di selatan Kaherah.
Seorang pegawai memberitahu, penunjuk perasaan cuba untuk menghalang lalu lintas dalam usaha menjejaskan operasi di kompleks terbabit.
“Pasukan keselamatan melakukan kepungan di kompleks berkenaan selama 48 jam dan meminta penyokong bersurai secara aman,” katanya. - AP

No comments:
Post a Comment