Wednesday, August 20, 2014

15 mayat konvoi bas dijumpai


KIEV 19 Ogos - Sekurang-kurangnya 15 mayat dijumpai di tapak serangan roket ke atas konvoi bas dan kereta pelarian di timur Ukraine, lapor jurucakap tentera, Andriy Lysenko, semalam.
Serangan tersebut berlaku berhampiran bandar Luhansk yang terletak dekat dengan sempadan Rusia.
Tentera Kiev menyatakan, pemberontak pro-Rusia bertanggungjawab melaksanakan serangan itu, dakwaan dinafikan kumpulan berkenaan.
Jelas Lysenko, kebanyakan yang maut dalam insiden itu ialah wanita dan kanak-kanak. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140820/lu_07/15-mayat-konvoi-bas-dijumpai#ixzz3AseLEmQb
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment