KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sepatutnya mendesak Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatannya sekarang sebagai Perdana Menteri, ekoran prestasinya yang teruk sehingga jauh lebih buruk berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Dengan hanya sekadar mengkritik atau menegur dan menarik balik sokongannya ke atas Najib tidak memberikan sebarang kesan kepada Najib kerana Mahathir sendiri kini sudah berada di luar kerajaan.
Naib Presiden PAS, Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, disebabkan kritikan keras Mahathir itu, sekiranya Najib bermaruah, Najib pasti akan meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri sekarang.
Menurut beliau, penarikan balik sokongan Mahathir ke atas Najib akibat prestasinya yang buruk membuktikan Umno-BN sudah semakin teruk dan sepatutnya ditukarkan kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk memerintah negara.
"Di bawah pemerintahan Umno-BN, rakyat semakin terbeban dengan peningkatan kos sara hidup dan peningkatan hutang negara, ekoran kelemahan para pemimpin kerajaan dalam pengurusan ekonomi," katanya ketika dihubungi.
Tuan Ibrahim berkata, dalam masa yang sama, kerajaan Umno BN turut gagal menurunkan kes-kes jenayah, di samping gagal dalam melaksanakan undang-undang yang relevan dengan keperluan semasa, walaupun ISA dimansuhkan disebabkan penguatkuasaannya yang lemah.
Menurutnya, walaupun tindakan Najib memansuhkan ISA merupakan satu tindakan yang betul dari segi keadilan, tetapi ia tidak memberikan hasil yang baik disebabkan penguatkuasaannya yang lemah dan tidak diperbaiki.
"Isu jenayah bukan sahaja membabitkan undang-undang, tetapi penguatkuasaannya juga perlu diperbaiki. Dalam hal ini, kita mesti tengok secara keseluruhannya. Penguatkuasaan daripada pihak suruhanjaya-suruhanjaya berkenaan juga mestilah dipertingkatkan," katanya.
Kesemua kelemahan itu, menurut Ustaz Tuan Ibrahim, amat mengecewakan rakyat dan ia menjadi asas yang kuat kepada Mahathir untuk mengkritik dan menegur Najib ekoran prestasinya yang jauh lebih buruk berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi.
"Sepatutnya Tun Dr Mahathir sambung lagi jawatannya sebagai Perdana Menteri, tak patut berhenti sebab wawasannya belum tercapai. Kalau Tun Dr Mahathir berhenti dan lantik siapa-siapa pun untuk menggantikannya, wawasannya seperti yang digariskan dalam Wawasan 2020 tak akan tercapai," katanya.
Ulasan lanjut boleh diikuti dalam Harakah cetak bilangan 1972 yang berada di pasaran hari ini. - HARAKAHDAILY 20/8/2014

No comments:
Post a Comment