Friday, August 22, 2014

Jangan ulangi insiden sama



ADNAN (kanan) mengimamkan solat jenazah anaknya yang maut selepas ditinggalkan beliau secara tidak sengaja di dalam kereta di tempat letak kereta Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang, Kedah kelmarin.


PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memandang serius kejadian yang menimpa Muhammad Aqil Arfan Adnan, 4, yang maut akibat ditinggalkan bapanya secara tidak sengaja selama lebih lapan jam di dalam kereta kelmarin.
Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, kejadian seumpama itu telah berulang kali terjadi namun ia seolah-olah tidak pernah dijadikan pengajaran oleh ibu bapa atau penjaga dalam memastikan keselamatan anak mereka.
Beliau berkata, bagi memastikan perkara tersebut tidak berulang lagi, ibu bapa atau penjaga perlu lebih berhati-hati dalam memberi jagaan dan perlindungan kepada anak masing-masing.
“Seksyen 33, Akta Kanak-Kanak 2001 (AKK 2001) merujuk kepada kesalahan ibu bapa atau penjaga yang mengabaikan dan membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan yang sepatutnya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3B4Vwtm4P 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment