Friday, August 22, 2014

Rozana pohon ketepi perintah



ROZANA (kanan) bersama peguamnya di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Isteri penyanyi dan pelakon terkenal Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman telah memfailkan permohonan untuk mengetepikan perintah hak jagaan sementara ke atas tiga anak mereka yang diperoleh Awie pada 21 Julai lepas.
Peguam Majdah Muda yang mewakili Rozana Misbun, 36, memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi Syariah semalam, bahawa anak guamnya memfailkan permohonan itu pada 8 Ogos lepas.
Beliau berkata, Rozana turut memohon untuk membatalkan perintah injunksi yang difailkan secara ex-parte (sebelah pihak) oleh Awie, 46, pada 16 Julai bagi menghalang Rozana daripada mendekati atau menghubungi anak mereka dalam apa jua cara sekalipun termasuk melalui media cetak dan elektronik.
Majdah berkata demikian ketika kes itu disebut di depan Hakim Syarie Mohd. Azman Mat Zain.
Pada 21 Julai lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Nassir Abdul Aziz membenarkan hak penjagaan sementara ketiga-tiga anak pasangan itu diberi kepada Awie.
Peguam Mohd. Hafizal Parcho yang mewakili Awie bagaimanapun membantah permohonan itu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3B4W4nzIz 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment