AHAD, 28 SEPTEMBER 2014 @ 10:25 AM
KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana dengan magnitud 5.1 pada skala Richter melanda wilayah Hindu Kush, Afghanistan pada 6.49 pagi ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi itu ialah di 53 kilometer ke utara Taloqan, Afghanistan dan 4,527 kilometer ke barat laut Padang Besar, Perlis.
"Gempa berkenaan tidak mencetuskan ancaman tsunami," menurut kenyataan itu. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment