THE HAGUE 21 Sept. - Kementerian Keselamatan dan Kehakiman Belanda menyatakan, 26 mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 berjaya dikenal pasti minggu ini, menjadikan jumlah keseluruhannya mereka yang sudah dikenal pasti 251 daripada 298 penumpang.
Agensi berita Xinhua melaporkan, 19 daripada mangsa tersebut merupakan rakyat Belanda, manakala bakinya datang dari negara-negara berlainan.
Bagaimanapun, atas permintaan kedutaan negara yang terbabit, identiti mangsa tidak didedahkan kepada umum.
Semalam, Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte berkata, beliau tidak begitu menaruh harapan tinggi terhadap keupayaan pihaknya untuk menjumpai mayat baharu dan barangan kepunyaan mangsa di kawasan tapak nahas.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140928/lu_08/Identiti-26-mangsa-MH17-dikenal-pasti#ixzz3EYYzTckf
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment