Mahmoud Abbas
Mahmoud Abbas
NEW YORK - Palestin sekali lagi mengulangi pendirian enggan melakukan rundingan lanjutan dengan Israel berhubung pemilikan wilayah yang diduduki.

Menurut AFP, Presiden Mahmoud Abbas berkata demikian ketika Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA) yang kini sedang berlangsung di New York, Amerika Syarikat.

"Kami ulangi pendirian bahawa rundingan ini mustahil dan bakal menemui kegagalan kerana Israel masih gagal menangani perkara asas. Mereka tiada kredibiliti dan tidak serius untuk menyelesaikan masalah termasuk kekejaman yang dilakukan selama ini terhadap penduduk Palestin," katanya.

Menurutnya, rundingan juga hanya membuang masa jika ia berakhir dengan kegagalan untuk mengiktiraf Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara di Wilayah Palestin seperti terdapat dalam Perjanjian 1967.

"Walaupun ada sokongan dari negara luar tetapi kekejaman Israel tidak boleh dipadamkan. Mereka semakin berani mencabul Undang-Undang Antarabangsa dengan melakukan pembunuhan beramai-ramai," katanya.