Menurut penduduk, pertempuran sengit itu berlaku apabila roket dan meriam membedil kawasan kediaman.
Psukan tentera yang dibantu oleh pasukan bersenjata di bawah pimpinan bekas jeneral tentera, Khalifa Haftar turut menawan semula kawasan lapangan terbang daripada penguasaan kumpulan militia dan mendakwa mereka merampas kubu pertahanan militia di bandar tersebut.
Benghazi menjadi lokasi pertempuran sejak Mei lalu selepas Khalifa mengisytiharkan perang ke atas beberapa kumpulan militia negara ini. – REUTERS