Friday, October 31, 2014

TNB catat untung bersih RM6.4 bilion

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) mencatat keuntungan bersih RM6.4 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2014 berbanding RM5.4 bilion pada tahun kewangan sebelumnya.
Peningkatan keuntungan bersih sebanyak RM1 bilion daripada tahun sebelumnya, disumbangkan sebahagian besar oleh pengurangan cukai korporat dan perkiraan semula peruntukan untuk anak syarikat yang mewakili 54 peratus daripada peningkatan itu.
TNB memperuntukkan perbelanjaan modal (Capex) RM10 bilion tahun ini berbanding tahun lalu, tertinggi dalam sejarah.
"Daripada RM10 bilion Capex tahun ini, RM4.9 bilion atau 48.9 peratus diperuntukkan terutama untuk penyelenggaraan dan peningkatan sistem bagi memastikan keberkesanan sistem, keselamatan dan kebolehpercayaan," kata Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie ketika mengumumkan keputusan kewangan TNB di Kuala Lumpur, hari ini.

No comments:

Post a Comment