JUMAAT, 31 OKTOBER 2014 @ 2:39 PM
PUTRAJAYA: Hujah pasukan pendakwaan yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bagi rayuan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didengar di Mahkamah Persekutuan, di sini hari ini akan bersambung Isnin dan Selasa depan.
Perkara itu disahkan Shafee ketika ditemui media di luar Bilik Bicara 1, Mahkamah Persekutuan Istana Kehakiman di sini, sebentar tadi.
"Hari ini hujahan saya merangkumi 20 hingga 30 peratus. Saya mungkin ambil masa untuk bentangkan fakta berkenaan kes sebelum saya masuk dalam isu berbangkit dan undang-undang.
"Pembentangan fakta dari pihak pembelaan tidak menyeluruh, jadi saya beri fakta secara menyeluruh dan konteks... konteks itu yang penting supaya kita lebih paham kenapa perkara ini berkemungkinan berlaku," katanya.
Beliau juga memberitahu bahawa pihaknya akan memberikan hujah pada pagi Selasa sebelum ia diserahkan semula kepada pihak mahkamah.
"Saya rasa Isnin ada peluang tidak habis. Kita akan ambil bahagian (beri hujah) pada sebelah pagi Selasa nanti sebelum submission," katanya.
No comments:
Post a Comment