Walaupun keputusan itu bukan satu tindakan popular, kerajaan baharu Indonesia pimpinan Presiden, Joko Widodo perlu menangani masalah fiskal terbesar yang dialami negara ini iaitu subsidi minyak yang mencecah AS$23 bilion (RM69 juta).
Subsidi itu merupakan faktor utama defisi bajet dan akaun semasa yang mempengaruhi ekonomi negara ini.
“Pembetulan polisi akan dibuat dalam tempoh terdekat iaitu menjelang akhir tahun ini,’’ kata Sofyan selepas selepas mesyuarat menteri-menteri kerajaan.
Menteri Kewangan, Bambang Brodjonegoro berkata, Kementerian Perdagangan akan memperkenalkan polisi untuk membendung peningkatan inflasi.
“Pampasan akan diberikan kepada mereka yang paling teruk dipengaruhi sebarang perubahan subsidi berkenaan,’’ katanya.
Pada 20 Oktober lalu, seorang penasihat Joko berkata, harga minyak dijangka dinaikkan sebanyak 3,000 rupiah (RM0.81) seliter seawal 1 November ini.
Harga petrol pada tahun lepas dinaikkan sebanyak 44 peratus, namun bekas Presiden, Susilo Bambangsa Yudhoyono enggan menaikkan harga itu pada tahun ini walaupun negara mengalami masalah fiskal yang semakin teruk. – Reuters