Friday, March 20, 2015

DUN Kelantan luluskan hudud


AHMAD Yakob bersalaman dengan ADUN Kelantan selepas Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) Pindaan 2015 diluluskan semalam.


KOTA BHARU – Pelaksanaan hukum hudud di Kelantan semakin menjadi kenyataan apabila Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) Pindaan 2015 diluluskan secara sebulat suara dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri semalam sebelum proses membawanya ke Parlimen.
Peristiwa bersejarah itu menyaksikan keputusan persetujuan 100 peratus yang dibuat oleh kesemua 44 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan termasuk 12 daripada Barisan Nasional (BN) serta seorang ADUN tunggal Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Kelantan mempunyai 45 DUN, namun kekosongan satu kerusi berlaku berikutan ADUN Chempaka, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia pada 12 Februari lalu.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam sesi penggulungan semalam mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian dalam sidang dan perbahasan.
“Kita mencatatkan satu sejarah yang amat penting bukan sahaja tertulis di han­dsard, bahkan terpahat dalam jiwa raga kita,” kata Ahmad.
Beliau percaya undang-undang itu adalah langkah terbaik dalam mengawal jenayah pada zaman ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0320&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3Usfh4ZZc 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment