Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihati MCA dan Gerakan supaya tidak mencampuri hal ehwal agama Islam susulan pindaan enakmen hudud di Kelantan, kerana ia tidak mempunyai kaitan dengan mereka.
Beliau juga tidak mahu berdebat dari segi undang-undang selepas Gerakan yang memfailkan saman pemula berhubung pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) kerana mungkin mereka ada alasan dan hujah tersendiri, lapor Utusan Malaysia hari ini.
Dalam laporan itu, Ismail Sabri yang juga menteri pertanian dan asas berkata pihaknya melihat perkara itu dari aspek moral.
"Hukum hudud ini tiada kaitan langsung dengan mereka sebab pelaksanaannya untuk orang Islam. Apa kaitan hukum hudud ini dengan mereka kerana isu tersebut tidak memberi sebarang kesan bila dilaksanakan kelak.
"Mereka harus ingat, undang-undang ini dibuat untuk orang Islam, oleh itu mengapa mereka harus campur tangan sedangkan kita tidak pernah mencampuri urusan agama mereka,” katanya seprti dilaporkan akhabar itu.
Pada Rabu, Gerakan memfailkan saman pemula mencabar pindaan enakmen hudud yang dibentangkan di DUN Kelantan kerana menganggap sebagai bercanggah dengan perlembagaan.
Sementara seorang pemimpin MCA, Gan Peng Sieu pula berkata bahawa parti itu mesti memutuskan hubungan dengan Umno jika parti itu menyokong langkah kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang hudud.
Laporan itu menyebut, Ismail menegaskan semua pihak harus menghormati perasaan orang Islam kerana majoriti menyokong rang undang-undang persendirian hudud Kelantan dilaksanakan.
"Tindakan Gerakan dan MCA yang merupakan parti komponen dalam BN adalah tidak wajar. Kalau Umno menunjukkan sokongan sepenuhnya, mereka sepatutnya perlu membawa isu ini dalam mesyuarat tertinggi dalam BN dan bukannya secara tiba-tiba membuat pendirian secara terbuka.
"Ini menunjukkan mereka langsung tidak menghormati dan cuba mencampuri hal ehwal agama Islam,” katanya mempersoalkan tindakan parti komponen itu yang menunjukkan tentangan pelaksanaan hukum hudud.

No comments:
Post a Comment