Rafizi Ramli - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL |
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menegaskan kedua-dua pemimpin tertinggi BN itu perlu menyokong Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) dan seterusnya mengundi Rang Undang-undang Persendirian (RUU) itu apabila dibawa ke Parlimen nanti.
“Kedua-dua pimpinan Umno ini juga perlu mengeluarkan arahan segera secara bertulis bahawa setiap ahli Parlimen dari Umno dan parti-parti komponen BN yang lain seperti PBB (Parti Pesaka Bumiputra Bersatu) iaitu parti beragama Islam.
“Mereka ini wajib mengundi menyokong RRU itu mengenai kuasa mahkamah syariah jika dibawa ke Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Perdana Menteri akan mengeluarkan kenyataan berkenaan pendirian Putrajaya berhubung Dun Kelantan yang meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015), kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Tiong Lai pada sidang media di menara Parlimen semalam berkata, Najib dijangka akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu, hari ini.
Dalam pada itu, Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR menasihatkan pimpinan Pas supaya mendapat jaminan bertulis mengenai sokongan dari Umno dan parti-parti komponen BN yang lain terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk membawanya ke Parlimen.
“Ini adalah penting untuk memastikan tiada muslihat dan tipu daya dari Umno dan BN yang pernah memangsakan Pas dengan menendang parti itu keluar dari BN pada 1977.
“Saya khuatir Najib hingga ke akhirnya tidak akan membuat kenyataan. Malah saya juga waspada bahawa Umno dan BN tidak akan mengeluarkan sebarang arahan agar setiap ahli
Parlimen beragama Islam menyokong RUU itu jika dibawa ke Parlimen,” ujarnya.
Mengulas lanjut, Rafizi juga mendakwa jika Umno dan BN terus berpeluk tubuh, mereka dikhuatiri akan menggunakan isu hudud untuk memecahbelahkan PR sekali gus mempertahankan pentadbiran mereka di Putrajaya menjelang PRU14.
“Jika itu berlaku, pelaksanaan hudud tidak pun akan terlaksana dan rakyat akan terus dimangsakan akibat salah tadbir, penyelewengan dan budaya rasuah yang dibawa Umno dan BN,” katanya lagi.
No comments:
Post a Comment