Friday, March 20, 2015

#JeSuisBardo kutuk pengganas muzium

ANTARA gambar pengguna Twitter yang menyatakan sokongan melalui #JeSuisBardo.
Rakyat Tunisia berhimpun di ibu kota negara itu semalam mengutuk serangan pengganas di sebuah muzium dan mengorbankan 19 orang serta mencederakan kira-kira 40 yang lain.
Mereka mengibar bendera, menyanyi lagu kebangsaan dan menjerit slogan mengutuk penembak yang menyerang Muzium Bardo.
Sebahagian yang lain pula menyalakan lilin di luar muzium untuk memperingati 17 pelancong dan dua warga Tunisia yang terkorban.
Antara yang maut ialah seorang anggota polis Tunisia dan tiga warga Jepun, dan dua dari Sepanyol.
Mangsa lain termasuk warga Australia, Poland dan Perancis.
Di dunia maya pula kempen itu digerakkan dengan hashtag #JeSuisBardo dan #JeSuisTunisien di laman sesawang blog mikro Twitter.
Beberapa pengguna Twitter menyatakan kebimbangan mereka kerana serangan berkenaan boleh melumpuhkan industri pelancongan Tunisia.
Mereka juga memuat naik gambar masing-masing memegang poster bertulis: “Saya akan datang ke Tunisia musim panas ini” walaupun timbul kebimbangan berlaku serangan pengganas lagi.
Sementara itu, pelancong yang terselamat dalam kejadian itu menceritakan pengalaman mereka.
Noriko Yuki, 35, yang melawat muzium itu bersama ibunya berkata, dia mengalami kecederaan walaupun membongkok ketika tembak-menembak berlaku.
“Saya cedera di telinga, tangan dan leher, manakala ibu cedera di leher,” katanya.
Warga Perancis, Fabienne berkata, dia dan pengunjung lain bersembunyi dalam salah satu galeri muzium bersama pemandu pelancong.
“Walaupun kami tidak dapat melihat apa-apa, kami pasti mereka ramai dan kami ketakutan juga akan menjadi mangsa” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Mac 2015 @ 5:16 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/38142#sthash.mPG40ogW.dpuf

No comments:

Post a Comment