Friday, March 20, 2015

Ustaz Kazim tidak akan muncul di televisyen, radio



Oleh Norraidah Awang

PENDAKWAH Datuk Kazim Elias (tengah) mengumumkan penarikan diri menjadi penceramah dalam semua rancangan yang bersiaran dalam televisyen pada Forum Perdana Ehwal Islam di Padang Astaka Batu Kurau malam tadi. Forum Perdana yang dikendalikan oleh moderator Prof Dr Redhuan Tee Abdullah disertai tiga ahli panel (dari kiri) Muffti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin, Ustaz Kazim Elias dan Datuk Megat Najmuddin Elias. - Foto BERNAMA
BATU KURAU: Pendakwah bebas, Datuk Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim, sebentar tadi membuat membuat pengumuman untuk tidak akan muncul secara langsung dalam program ceramah agama menerusi televisyen dan radio
Perkara itu diumumkan melalui program Forum Perdana Ehwal Islam terbitan TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang diadakan di Padang Astaka, dekat sini yang disiarkan secara langsung.
Bagaimanapun, Ustaz Kazim berkata, beliau akan tetap meneruskan ceramahnya seperti biasa sebagaimana yang sudah dijadualkan.
Katanya, beliau juga akan meneruskan semua program yang sudah direkodkan dan termaktub dalam kontraknya bersama stesen televisyen swasta Astro melalui program 'Kalau Dah Jodoh' seperti sebelum ini.

No comments:

Post a Comment