MP DAP, Zairil Khir Johari menegaskan bahawa beliau tidak akan menyokong rang undang-undang persendirian dari PAS di Parlimen untuk melaksana hudud di Kelantan.
Katanya, keputusan itu berdasarkan ketetapan parti dan juga pendirian peribadinya.
"Saya tidak akan undi untuk rang undang-undang hudud. Saya terikat dengan pendirian parti saya,” katanya kepada Malaysiakini.
MP Bukit Bendera itu berkata, enakmen hudud tidak sesuai dengan masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia.
"Atas pendirian peribadi saya sekalipun, saya tidak akan mengundi enakmen syariah (dilaksanakan) di Kelantan kerana ia tidak dibangkitkan dengan betul dan tidak sesuai dengan konteks Malaysia,” katanya.
Ditanya sekiranya beliau akan merakamkan undi menentang atau berkecuali, Zairil berkata: “Ia bergantung kepada arahan dan strategi parti. Yang pasti, saya tidak akan mengundi”.
MP tersebut merupakan salah seorang daripada dua wakil Melayu DAP di Parlimen. Seorang lagi, Datuk Mohd Ariff Sabri Aziz belum dapat dihubungi buat masa ini.
[Baca berita asal]

No comments:
Post a Comment