Monday, July 18, 2011

Polis minta orang ramai serah rakaman video perhimpunan haram


GENTING HIGHLANDS - Orang ramai diminta bekerjasama dengan polis bagi menyerahkan rakaman video berkaitan perhimpunan haram 9 Julai lepas untuk dijadikan bukti sama ada terdapat dakwaan polis bertindak ganas semasa menyuraikan perhimpunan itu.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, kerjasama itu perlu bagi membolehkan polis mendapat gambaran sebenar kejadian yang berlaku setelah banyak pihak mendakwa kekasaran polis semasa menangani perhimpunan itu.

"Kita akan siasat secara telus, terperinci dan polis tidak akan sembunyikan apa-apa fakta yang benar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri BengkelBanteras Kecurian Kenderaaan di Malaysia di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, polis menubuhkan enam jawatankuasa yang diketuai seorang pegawai kanan bagi menyiasat enam dakwaan kezaliman polis ketika bertugas menangani perhimpunan tersebut.

"Siasatan akan diselesaikan secepat mungkin dan polis telah panggil beberapa saksi untuk siasat enam tohmahan itu.

"Polis ingin tahu tohmahan itu benar ataupun tidak. Bagaimanapun tohmahan yang disiasat itu tidak termasuk kejadian di Hospital Tung Shin," katanya.

Khalid berkata, sekiranya perlu polis bersedia menayangkan video mengenai kejadian sebenar yang berlaku pada perhimpunan itu.

"Sekiranya perlu kita akan siarkan video itu selepas jawatankuasa yang ditubuhkan selesai menyiapkan laporan berhubung perhimpunan itu," katanya.

Mengulas mengenai tangkapan yang dilakukan ketika perhimpunan itu, Khalid berkata tangkapan yang dilakukan adalah mengikut undang-undang, jika mereka yang ditahan tidak berpuas hati dengan tugas polis, perkara itu boleh dibawa ke mahkamah.

"Tangkapan yang dilakukan kebanyakannya kerana memakai baju Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil)...sebahagian besar tangkapan telah dibebaskan tanpa syarat dan sebahagian lagi kita siasat sebab ajak orang berhimpun.

Sementara itu, Khalid turut meminta mana-mana pihak yang mempunyai bukti dakwaan kematian pemandu teksi Baharudin Ahmad, 59, akibat gas pemedih mata ketika menyertai perhimpunan itu supaya menyerahkan bukti itu kepada polis.

"Kalau ada bukti tunjukkanlah...jangan sebarkan dakwaan itu tanpa ada kesahihan," katanya.

Sebelum ini, polis mengesahkan kematian Baharudin itu yang menyertai perhimpunan haram di kawasan KLCC pada 9 Julai adalah akibat komplikasi jantung dan bukan berpunca daripada gas pemedih mata seperti didakwa pihak tertentu.- Bernama

SH

Hanya kuning ada logo Bersih dianggap salah

SEREMBAN 17 Julai – Orang ramai tidak perlu bimbang untuk memakai pakaian berwarna kuning asalkan tidak menggunakan lambang atau logo Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) kerana ia adalah satu pertubuhan haram.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, mereka yang berpakaian kuning dan mempunyai lambang atau logo itu boleh ditahan pihak polis kerana arahan itu sudah lama dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Apabila arahan itu dikeluarkan, ia menjadi tanggungjawab polis untuk menguatkuasakan undang-undang yang bersangkut dengan sesuatu pertubuhan haram. Itu sebabnya kita tahan mereka berpakaian mempunyai logo atau lambang Bersih.

“Ingin saya jelaskan di sini, tidak salah jika orang ramai hendak memakai pakaian berwarna kuning. Apa yang tidak boleh adalah pakaian yang mempunyai logo atau lambang menyokong pertubuhan haram itu,” katanya.

Khalid berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri program Skim Kepolisan Komuniti dan Crime Awareness Team (CAT) di Dataran Nilai di sini malam tadi yang turut dihadiri oleh Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh dan timbalannya, Datuk Abd. Manan Mhd. Hassan.

Tegas Khalid, mana-mana pihak yang masih tidak berpuas hati dengan larangan berkenaan, boleh membawa perkara itu ke mahkamah untuk diputuskan.

Dalam perkembangan berkaitan, Khalid juga menjelaskan polis bersedia menerima sebarang tindakan saman yang dikemukakan oleh individu yang ditahan selepas terlibat dengan perhimpunan haram 9 Julai lalu.

Utusan Malaysia Online - Jenayah

Bot layar Perancis belayar ke Gaza

TEL AVIV 17 Julai - Sebuah bot layar Perancis yang membawa aktivis pro-Palestin sudah meninggalkan sebuah pulau di Greece dengan harapan untuk melanggar sekatan maritim Israel ke atas Genting Gaza, sekalipun rejim Zionis terus cuba menghalang mereka.

Bot layar Dignity/Karama belayar dari pulau Kastellorizo pada 8.30 malam tadi (1.30 pagi ini waktu Malaysia), menurut penganjur Flotila Pembebasan II, Free Gaza dalam satu kenyataan kepada wartawan, hari ini.

Ia membawa 10 aktivis, tiga wartawan dan tiga krew.

Enam aktivis adalah warga Perancis, termasuk anggota Parti Komunis Perancis, Jacqueline Le Corre, sementara yang lain dari Tunisia, Greece, Sweden dan Kanada.

Wartawan pula ialah Amira Hass daripada akhbar Israel, Haaretz dan seorang pemberita serta seorang jurugambar al-Jazeera.

Free Gaza dan kumpulan pro-Palestin lain merancang untuk menghantar 10 kapal membawa ratusan aktivis ke Gaza, tetapi rancangan mereka gagal apabila Greece yang tunduk kepada tekanan Israel menyekat pelayaran kapal-kapal itu dari pelabuhannya.

Bagaimanapun, bot layar Dignity/Karama yang meninggalkan Corsica pada 25 Jun lalu dan pelabuhan Sitia di Crete pada Rabu lepas dibenarkan belayar dari Kastellorizo kerana pihak berkuasa di pulau itu dikatakan bersimpati dengan Gaza memandangkan ramai penduduknya pernah berlindung di wilayah Palestin tersebut semasa Perang Dunia Kedua.

Malah, Datuk Bandar Kastellorizo, Paul Panigiris yang dilahirkan di Gaza adalah penyokong kuat Palestin, kata penganjur.

"Sepuluh penumpang di dalam bot itu menganggap diri mereka sebagai wakil seluruh Flotila Pembebasan II," menurut kenyataan Free Gaza, selepas kapal-kapal flotila itu ditahan di pelabuhan Greece.

Mereka tidak menganggap tindakan bot itu sebagai versi mini Flotila Pembebasan II, tetapi sebagai gelombang pertama yang akan disusuli dengan yang lain. - dpa

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

NU gesa pesantren ditutup



ANGGOTA polis berkawal dalam kawasan pesantren Umar bin Khattab di Kampung Sanolo, daerah Bolo, Indonesia pada 13 Julai lalu. - AFP


JAKARTA 17 Julai - Pertubuhan Islam terbesar Indonesia, Nahdlatul Ulama menggesa supaya ditutup ekoran penglibatannya dengan komplot pengganas.

Ketua Umum Gerakan Pemuda Ansor (GP Ansor) NU, Nusron Wahid berkata, jika pesantren itu tidak ditutup, ia akan menyebabkan sekolah agama lain dianggap sebagai tempat melakukan keganasan.

Pesantren Umar bin Khattab yang terletak di Kampung Sanolo, daerah Bolo, merupakan lokasi kejadian pengeboman yang mengorbankan bendahari sekolah itu, Firdaus awal minggu ini.

Menurut polis, mereka menemui dokumen-dokumen mengenai jihad di pesantren itu, selain bom buatan sendiri, busur dan beberapa senjata tajam.

Polis telah menamakan lapan suspek dalam kes letupan itu dan menangkap pengetua pesantren tersebut, Abrori kelmarin.

Ayah kepada Abrori, Aly Ghani al Mahyubi bagaimanapun menegaskan, anak keempatnya itu telah menyerah diri kepada polis pada hari kelima selepas insiden berlaku dan bukan ditangkap polis.

Menurutnya, dia sendiri menghubungi ketua polis daerah, Arief Wahyunadi pada Khamis lalu untuk menyerahkan anaknya itu dan beberapa dokumen lain.

Beliau turut menafikan bahawa Abrori pernah mengikuti latihan tentera di Mindanao, Filipina seperti didakwa polis sebelum ini. - AGENSI

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Siar segera video tangkis tohmahan polis ganas

KUALA LUMPUR: Polis perlu segera menyiarkan rakaman video mengenai usaha mereka menangani perhimpunan haram 9 Julai lalu yang boleh menjadi bahan bukti untuk menangkis tohmahan pembangkang yang mendakwa polis bertindak ganas.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, polis perlu bertindak pantas memandangkan media alternatif dan penulis blog propembangkang memainkan isu itu untuk memburukkan kerajaan.


“Untuk patahkan pembohongan dan putar belit pembangkang, polis sudah bersedia dengan bahan bukti, baik rakaman video, kenyataan umum dan sebagainya, eloklah dikemukakan supaya rakyat dapat menilai siapa di pihak benar,” katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan mesra ke Pasar Raja Bot di sini, semalam.

Katanya, rakyat pula tidak sepatutnya mendengar daripada sebelah pihak sebaliknya perlu membuat penilaian sewajarnya terhadap segala tindakan yang dilakukan pihak berkuasa dalam menangani suasana ketegangan yang dicipta sekumpulan manusia dalam perhimpunan haram itu.


Pada Isnin lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai fakta dan bukti kukuh yang akan digunakan bagi menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mensensasikan pelbagai isu yang berlaku dalam perhimpunan haram 9 Julai lalu, termasuk rakaman sepanjang perhimpunan itu.


Muhyiddin berharap apa yang disebutkan Hishammuddin itu dapat dilakukan dengan segera oleh polis memandangkan mereka ‘tahu apa yang diputarbelitkan pembangkang dan sudah menjangkakan apa yang akan dilakukan mereka.’ Muhyiddin turut meminta supaya rakyat memahami serta menghargai tugas polis dalam menangani situasi bagi menghalang perhimpunan itu daripada berlaku seperti kesesakan lalu lintas atau langkah-langkah lain yang diambil demi menjaga keselamatan rakyat di negara ini.

“Rakyat mesti faham bila polis berdepan dengan situasi segerombolan sebegini, mereka mesti menangani secara bijaksana. Apa yang dibangkitkan pembangkang, media alternatif, Youtube adalah gambaran kezaliman,” katanya.

myMetro | Siar segera video tangkis tohmahan polis ganas

PM temui Pope

LONDON: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan lawatan kerja dua hari ke Rom mulai semalam.

Program beliau termasuk bertemu Pope Benedict XVI dan berjumpa Kardinal Tarcisio Bertone, Setiausaha Negara Vatican, di Castel Gandolfo, Rom. Dalam satu kenyataan, Wisma Putra berkata, Perdana Menteri akan diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. Anggota rombongan yang lain ialah Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Mereka akan disertai Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin dan ketua paderi, Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam. Ia perjumpaan kali kedua antara seorang Perdana Menteri Malaysia dan Pope, selepas kali pertama membabitkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pope John Paul pada Jun 2002. Semasa lawatan ke Rom, Najib akan mengambil peluang untuk bercakap mengenai inisiatif ‘Pergerakan Sederhana Global’.


Turut menjadi agenda ialah usaha bagi meningkatkan kerjasama antara Malaysia dan Takhta Suci, menurut kenyataan itu. Najib mengakhiri lawatan rasmi ke United Kingdom pada Jumaat. - Bernama

myMetro | PM temui Pope

‘Tindakan anak bukan derhaka’

KUALA LUMPUR: “Tindakan anak-anak tidak menjamin bapa mereka yang ditangkap khalwat tidak salah dan tidak dianggap derhaka kerana perbuatan bapa mereka itu jelas berdosa di sisi agama” kata pendakwah bebas, Datuk Hasan Mahmud al-Hafiz.

Malah katanya, tindakan itu satu langkah baik untuk memberi pengajaran kepada bapa mereka bahawa pada usia lanjut, menjadi kewajipan kepadanya untuk mengingati mati serta mempertingkatkan amal ibadat.


Beliau berkata demikian mengulas muka depan Harian Metro Sabtu lalu mengenai seorang lelaki warga emas yang ditahan kerana tuduhan berkhalwat sanggup meringkuk dalam lokap selama lebih dua bulan kerana anaknya tidak mahu membayar wang ikat jamin kekasihnya. Dalam perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya, Balik Pulau baru-baru ini, lelaki 70-an yang bercucu itu dihadapkan ke mahkamah bersama teman wanitanya berusia 29 tahun atas tuduhan berkhalwat yang dilakukan mereka, Mei lalu. Empat anak lelaki itu yang hadir sepanjang perbicaraan dikatakan bersedia menjamin bapa mereka namun keadaan bertukar tegang apabila tertuduh meminta anaknya turut menjamin teman wanitanya. Anaknya enggan berbuat demikian kerana tidak sanggup menerima wanita itu dan keadaan semakin kecoh apabila lelaki itu membuat keputusan supaya mereka tidak menjaminnya. Hasan berkata, lebih elok bapa mereka dibiarkan meringkuk dalam lokap supaya memberi keinsafan kepadanya malah tiada gunanya mereka membela lelaki itu yang sepatutnya sudah matang dan boleh menilai sendiri baik buruk perbuatannya.

“Tindakan anak itu bertepatan tambahan pula tangkapan bapa mereka bukan disebabkan dianiayai sesiapa. Amat dikesali kerana pada usia sebegitu sepatutnya lelaki itu membuat persediaan untuk berdepan kematian dan bertemu Allah bukan sebaliknya.


“Saya berharap kejadian ini menjadi pengajaran kepada semua dan jika pada usia lanjut tapi masih lagi bergelumang dosa, dia adalah golongan yang paling rugi,” katanya.


Beliau berkata, dalam hadis nabi juga turut menyebut orang yang paling cerdik dan pintar adalah orang yang sentiasa mengingati mati dan mengingati Allah.

“Orang yang mengingati mati itulah orang yang sebenarnya hidup manakala orang yang takut kepada kematian diibaratkan sudah mati sebelum mati. Justeru, kita perlu sentiasa takut dengan azab Allah yang bakal diterima kelak akibat perbuatan kita di dunia,” katanya.

myMetro | ‘Tindakan anak bukan derhaka’

Sejam di lubang


JOHOR BAHRU: “Tiba-tiba saya merasakan tubuh melayang sebelum rasa sakit di kaki dan tangan kanan serta kepala. Keadaan dalam longkang itu terlalu gelap menyebabkan saya bimbang diserang haiwan berbisa, namun saya nekad menjerit meminta tolong,” kata Siti Norzuriana Marianto, 12, menceritakan detik mencemaskan apabila terperosok dan terperangkap dalam lubang longkang pembetung sedalam kira-kira 3 meter selama sejam, di Larkin Perdana di sini, kira-kira 7 malam kelmarin.
Dia yang tinggal bersama keluarga di sebuah pangsapuri terjatuh ke dasar longkang itu ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari kedai berhampiran.

Berikutan itu, dia bukan saja cedera di kepala dan tangan kanan, malah patah tulang kering kaki kanan.

Mangsa yang juga murid tahun enam Sekolah Rendah Kebangsaan Tanjung Puteri di sini berkata, sebelum kejadian, dia berjalan kaki berseorangan dan tidak menyedari lubang longkang itu tiada penutup konkrit.

“Tiba-tiba, saya rasa tubuh melayang sebelum jatuh ke dasar longkang dan pada masa sama kaki kanan cedera dan sukar bergerak.


“Saya menjerit meminta pertolongan kerana tidak mampu berdiri,” katanya.

Sementara itu, seorang kaki pancing yang menyelamatkan mangsa, Mohd Bakhtiar Abd Kadir, 31, berkata, dia bersama lima rakan dalam perjalanan ke kolam berhampiran lokasi memancing ikan, sebelum terdengar jeritan meminta tolong dan mengerang kesakitan.

Menurutnya, dia dan rakan mencari punca jeritan dan terkejut melihat seorang kanak-kanak terperangkap dalam longkang kering itu. “Pada awalnya, kami menghadapi kesulitan menyelamatkan mangsa berikutan lubang itu dalam.

“Kemudian saya mengarahkan kanak-kanak itu menguatkan semangat dan cuba berdiri sebelum menjulurkan badan sambil kaki dipegang rakan.

“Sejurus mendakap mangsa, kami menariknya keluar. Kasihan melihat dia cedera di kepala dan tangan kanan, selain tulang kering kaki kanannya patah,” katanya.


Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Pangsapuri Sri Impian, Wan Zuraimi Wan Abdul berkata, penutup konkrit lubang longkang itu hilang kira-kira dua minggu lalu dan pihaknya mengadu perkara berkenaan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).


Menurutnya, lubang itu di tengah laluan pejalan kaki dan memaklumkan pihak berkuasa kerana membahayakan pejalan kaki. “Lubang longkang itu menunggu mangsa dan kejadian itu ternyata membuktikan kebimbangan kami.


“Kami menutup lubang itu dengan batang kayu, namun berharap PBT mengambil tindakan segera,” katanya.

myMetro | Sejam di lubang

Putera Mahkota Thai sorok kereta Mercedes di hotel mewah di Munich

BERLIN: Putera mahkota Thailand mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kereta Mercedes miliknya ditahan di Jerman selepas pesawatnya disita di Lapangan Terbang Munich minggu lalu, lapor akhbar Bild am Sonntag, semalam.

Maha Vajiralongkorn, pewaris takhta diraja Thailand, menyembunyikan kereta sport Mercedes SLK miliknya di ruang letak kereta peribadi di sebuah hotel mewah di Munich di selatan Jerman di mana ia dikawal lebih daripada 10 pengawal peribadi. Anggota diraja berusia 58 tahun itu yang meluangkan masa memetik strawberi dikawasan berkenaan, turut menukar nombor plat pendaftaran Thailand di keretanya dan diganti dengan nombor pendaftaran diplomat. Selasa lalu, pihak berkuasa Jerman menyekat pesawat penerbangan Boeing 737 yang kerap dipandu putera mahkota Thailand itu daripada berlepas di Lapangan terbang Munich kerana pertikaian lama mengenai urusan perniagaan. Berikutan itu, Menteri Luar Thailand, Kasit Piromya Jumaat lalu ke Jerman di mana beliau menemui Setiausaha Luar Rendah Cornelia Pieper untuk membincangkan perkara terbabit dengan Kementerian Luar Jerman. Pesawat yang sering dipandu putera mahkota itu disita atas arahan mahkamah berikutan permintaan daripada firma pembinaan Jerman yang muflis, mendakwa kerajaan Thailand masih berhutang dengan firma itu lebih daripada 30 juta euro (RM126 juta). - AFP

myMetro | Putera Mahkota Thai sorok kereta Mercedes di hotel mewah di Munich

Anjing gigit ikan jerung



ANJING itu mendekati seekor ikan jerung.


SYDNEY - Satu rakaman video menunjukkan seekor anjing menggigit ikan jerung di sebuah lokasi di Australia, lapor sebuah akhbar semalam.

Rakaman itu disiarkan di laman YouTube yang menunjukkan anjing tersebut berenang ke arah sekumpulan ikan berkenaan sebelum menyelam untuk menggigit seekor ikan jerung.

Lelaki yang merakamkan kejadian itu menyatakan dia tidak pernah melihat kejadian tersebut sebelum ini. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia

Timberlake setuju keluar dengan askar marin

LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Justin Timberlake memberitahu, dia akan memenuhi jemputan daripada seorang askar wanita marin Amerika Syarikat (AS), Koperal Kelsey De Santis yang mengajaknya menghadiri satu majlis tarian tentera marin pada November depan, lapor sebuah akhbar kelmarin.

"Saya beritahu anda bahawa saya terima. Tetapi bukan kerana dia menyebut salah satu daripada lagu saya yang saya memang sukakannya," kata Timberlake ketika wartawan mengajukan soalan adakah dia menerima jemputan itu semasa menghadiri majlis tayangan perdana filem terbaharunya, Friends With Benefits baru-baru ini.

Askar marin itu membuat undangan tersebut menerusi laman YouTube di Internet.

Timberlake kemudian menjelaskan sebab dia menerima undangan askar wanita tersebut.

"Saya tidak pernah diajak keluar. Justeru, saya berasa bangga," katanya.

Timberlake menyatakan jika jadualnya tidak padat, dia akan keluar dengan askar marin itu.

Sebelum ini, kekasih Timberlake, aktres Mila Kunis juga bersetuju untuk keluar bersama dengan seorang askar marin, Sarjan Scott Moore untuk menghadiri majlis yang sama.

Moore turut membuat undangan itu menerusi laman YouTube. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia

Sunday, July 17, 2011

Pemilik kenderaan berang



PADANG JAWA – Rata-rata pemilik kenderaan yang ingin menjalani pemeriksaan kenderaan di Puspakom bengang apabila mereka bukan sahaja terpaksa menunggu masa yang lama hingga lapan jam, malah terpaksa menahan lapar dan dahaga dengan berada dalam kenderaan masing-masing.

Lebih 300 kenderaan seperti lori dan teksi bersusun di sepanjang jalan masuk ke Puspakom sehingga menyebabkan Jalan Padang Jawa sesak teruk, Isnin lalu.

Pengadu yang juga pemilik lori 1 tan, Yap Kim Huat mendakwa, kebanyakan pemandu kenderaan memilih Isnin untuk menjalani pemeriksaan.

“Akibatnya kenderaan terpaksa bersusun menunggu giliran dan bagi menghindar perkara ini, Puspakom harus mengehadkan bilangan kenderaan.

“Malah pemilik kenderaan juga diminta tidak tertumpu pada Isnin sahaja selain tidak mengambil tarikh akhir untuk menjalankan pemeriksaan,” katanya.

Katanya, pemilik kenderaan terpaksa berada dalam kenderaan masing-masing terutamanya yang datang seorang diri bagi mengelak kenderaan mereka dipintas kenderaan lain.

“Saya tiba di Puspakom Padang Jawa jam 1 tengah hari dan saya sangka dua tiga jam kemudian kenderaan saya dapat jalani pemeriksaan.

“Bagaimanapun saya kesal kerana sehingga jam 9.15 malam barulah kenderaan saya berjaya diperiksa selama 20 minit,” katanya.

Menurutnya, dalam masa yang sama dia dan pemilik kenderaan terpaksa menahan lapar dan dahaga kerana tiada sebarang kedai yang menjual makanan di situ.

“Malah, untuk membuang air juga sukar kerana tiada tandas disediakan di luar Puspakom. Oleh itu saya minta Puspakom menyediakan kemudahan ini bagi orang awam terutamanya ketika berlaku situasi seperti ini.

“Saya dimaklumkan tandas ada disediakan, namun kedudukannya agak jauh. Ia mengambil masa kita untuk ke situ tambahan lagi kita khuatir kenderaan yang berada dalam susunan akan bertindak memintas antara satu sama lain,” dakwanya.

Dalam pada itu, Kim Huat berkata, pihaknya meminta Puspakom memasang lampu di kawasan syarikat supaya pemandu kenderaan tidak berada dalam keadaan gelap sementara menunggu giliran diperiksa terutamanya pada waktu malam.

Dalam pada itu, Sinar Harian memaklumkan perkara ini kepada wakil Puspakom dan katanya, Puspakom akan menyiasat dan meneliti perkara ini terlebih dahulu.
SH

Lipas digoreng dengan ayam



KUALA LUMPUR – Menjijikkan apabila seekor lipas ditemui digoreng bersama ayam yang dibeli di kantin sebuah pejabat anggota keselamatan berhampiran Jalan Pudu di sini.

Situasi terbabit dialami sendiri oleh anggota keselamatan yang mahu dikenali sebagai Azman, 25, yang mendakwa peniaga kantin terbabit kurang mengamalkan aspek kebersihan yang sepatutnya.

“Sudah dua hingga tiga suap saya makan, saya sedar ketika mengalihkan ayam dan terkejut apabila mendapati terdapat lipas ‘lengkap anggota badan’ turut sama digoreng.

“Ini bukan kes pertama yang berlaku, sudah banyak kejadian lain seperti kaki lipas dan juga lipas kecil dijumpai dalam makanan yang dibeli,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, lebih kesal lagi apabila peniaga kantin terbabit langsung tidak menunjukkan rasa bersalah apabila dia menunjukkan penemuan yang menjijikkan itu.

Katanya, tanpa memohon maaf, peniaga terbabit hanya memulangkan duit RM5 kepadanya sebagai ganti makanan yang tercemar itu.

“Apabila saya adukan kepada pihak pengurusan, jawapan yang diterima amat mendukacitakan apabila saya dituduh cuba menutup periuk nasi peniaga dengan menceritakan kejadian terbabit.

“Bukan niat saya untuk merosakkan perniagaan mereka, tetapi perkara ini perlu pemerhatian serius daripada pihak atas agar mereka lebih menjaga kebersihan,” katanya.

Azman menambah, dia sudah lima tahun bertugas di pejabat berkenaan dan melihat sendiri tahap kebersihan yang diamalkan peniaga kantin yang menjalankan perniagaan di situ sejak tiga tahun lalu.

“Jika tengok dapur masakannya juga tidak bersih, apabila ditegur, dalam tempoh seminggu sahaja keadaan agak bersih, kemudian kembali kotor.

“Perkara ini perlu diambil perhatian dan tindakan sewajarnya kerana ia berhubung kait dengan kesihatan pelanggan apabila makanan yang dibeli tercemar,” katanya kepada Sinar Harian.
SH

Cari isteri, anak



KUANTAN - “Kalau gaduh-gaduh lagi, saya akan lari.”

Itulah ungkapan seorang isteri yang akhirnya menjadi kenyataan apabila dia bertindak melarikan diri bersama anak lelaki tunggalnya sejak 16 Mei lalu.

Chong Sen Hoon, 55, berkata, isterinya, K Muthulechumi, 32, melarikan diri dari rumah mereka di Taman Tanah Putih Baru bersama anak tunggal mereka, Chong Chi How, 7, selepas berlaku perselisihan faham.

Menurutnya, sebelum ini, mereka sering bergaduh akibat masalah kewangan, namun isterinya tidak pernah bertindak sejauh itu dengan melarikan diri.

“Pada 16 Mei lalu, ketika saya keluar, dia masih ada di rumah. Namun apabila pulang pada waktu tengah hari, saya dapati dia sudah tiada malah semua pakaian turut dibawa bersama.

“Saya buntu untuk mencari mereka malah pada awal bulan lalu, isteri ada menghubungi saya dan mengatakan mereka berdua ada di Bentong serta ingin kembali ke pangkuan saya.

“Bagaimanapun, selepas saya ke sana, saya gagal menghubunginya sehingga ke hari ini lalu mengambil keputusan membuat laporan polis di Balai Polis Bentong pada 8 Jun lalu,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Pusat Khidmat Rakyat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Chang Hong Seong, di sini.

Sen Hoon yang bekerja sebagai tukang rumah berkata, dia bimbang mengenai keselamatan isteri dan anaknya selain tertanya-tanya di mana mereka berada.

Katanya, dia juga risau kerana anak tunggalnya sudah lama tidak ke sekolah iaitu sejak 3 Mei lalu sebelum melarikan diri.

“Saya juga ada bertanyakan kepada rakan sekerja isteri di sebuah kilang di Jaya Gading tetapi mereka juga tidak tahu. Saya sayangkan mereka dan berharap mereka kembali ke pangkuan saya. Jika ada sesiapa mengenali atau pernah melihat mereka di mana-mana, boleh hubungi saya secepat mungkin,” katanya.

Sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan boleh menghubungi Sen Hoon di talian 014-8310967 atau 09–5178328.
SH

Mempelam sebesar topi keledar


BUKIT PAYONG – Seorang pemandu lori di Kampung Mak Kemas tidak menyangka anak pokok mempelam dibeli di pasar malam Wakaf Dua tiga tahun lalu dan ditanam di pekarangan rumahnya mengeluarkan buah sebesar saiz topi keledar.

Narul Azura@Mohamad Anuar Mohamad, 39, menyedari kelainan pada pokok mempelam itu sejak ia mula berbuah tahun ini.

Malah, hanya pokok itu sahaja menunjukkan kelainan berbanding dua lagi benih pokok mempelam yang dibeli di pasar malam yang sama.

“Apabila melihat buahnya semakin membesar, saya mengambil keputusan membungkus buah itu dengan jaring dan menahan dahan pokok dengan sebatang kayu.

“Saya bimbang dahannya patah atau buah itu gugur sebelum sampai waktunya seperti yang berlaku sebelum ini,” katanya.

Narul Azura berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya di Kampung Mak Kemas, semalam.

“Sebelum ini beberapa biji buah mempelam bersaiz luar biasa gugur ke tanah kerana dahan pokok itu tidak mampu menampung berat buah yang terlalu besar iaitu melebihi tiga kilogram sebiji,” katanya.

Menurutnya, dia hanya mendengar dan melihat keanehan berlaku pada buah-buahan seperti pisang serta nanas sebagaimana disiarkan di media massa.

Namun, hari ini dia sendiri berdepan dengan situasi pelik kerana tidak pernah melihat buah mempelam sebesar itu.

“Sehingga hari ini hanya ahli keluarga dan jiran terdekat sahaja mengetahui keunikan buah mempelam ini.

“Kami hairan mengapa benih yang dibeli di pasar malam itu mampu menghasilkan buah sebesar ini,” katanya kepada Sinar Harian.
SH

Adik Paris Hilton diarah bayar AS$4.9j



Barron bersama kakaknya, Paris Hilton.


LOS ANGELES 16 Julai - Mahkamah California semalam memerintahkan adik lelaki bongsu pewaris rangkaian Hotel Hilton, Paris Hilton membayar sebanyak AS$4.9 juta (RM14.74 juta) kepada atendan stesen minyak kerana melanggarnya ketika memandu dalam keadaan mabuk.

Menurut pihak berkuasa, Barron Hilton melanggar Fernando Mendoza Tellez yang merupakan pekerja di sebuah stesyen minyak di Malibu, pada Februari 2008.

Barron yang berusia 18 tahun ketika kejadian, memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol.

Hasil siasatan juga menunjukkan Barron memandu sekitar Malibu menaiki kereta Mercedes-Benz miliknya dan terlibat dalam kemalangan bersama kenderaan lain sebelum melanggar Tellez pada hari kejadian.

Mengikut undang-undang, Hilton perlu membayar jumlah tersebut sebagai ganti rugi bagi perbelanjaan perubatan, kesakitan, penderitaan dan kehilangan pendapatan akibat kemalangan itu. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Rupert Murdoch mohon maaf


LONDON 16 Julai - Jutawan media, Rupert Murdoch membuat permohonan maaf secara terbuka hari ini dalam akhbar Britain berhubung skandal penggodaman telefon oleh syarikat miliknya, ketika dua eksekutif utamanya meletakkan jawatan.

Bos The News Corp itu akhirnya menamatkan usaha untuk cuba melindungi bekas editorNews of the World, akhbar yang dilanda skandal itu dan menerima peletakan jawatan Ketua Eksekutif News International, Rebekah Brooks.

Beberapa jam selepas itu, Murdoch turut mengucapkan selamat jalan kepada Ketua Eksekutif jabatan Dow Jones beliau, Les Hinton yang juga bekas pengerusi News International.

Ketika Biro Siasatan Persekutuan (FBI) memulakan siasatan berhubung tuduhan pekerja beliau di Amerika Syarikat menggodam telefon mangsa serangan 11 September, jutawan media berusia 80 tahun itu menukar strategi untuk menyelesaikan krisis tersebut.

Beliau yang sebelum ini tidak mahu bekerjasama telah membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tujuh akhbar kebangsaan Britain dengan satu muka surat penuh.

"Kami memohon maaf atas salah laku serius yang timbul. Kami amat-amat memohon maaf atas keperitan yang dialami mangsa yang terlibat dan kami menyesal kerana tidak bertindak pantas untuk menghentikannya," katanya dalam permohonan maaf itu.

Dalam usaha untuk menunjukkan kekesalan beliau, Murdoch turut menemui keluarga seorang remaja yang mati dibunuh, Milly Dowler mangsa penggodaman telefon oleh News of the Worldpada 2002, insiden yang mencetuskan krisis ini dan membawa kepada penutupan akhbar tersebut.

"Sebagai pengasas syarikat, saya sendiri terkejut dengan apa yang berlaku dan saya memohon maaf," katanya kepada sekumpulan wartawan selepas mengadakan satu mesyuarat, semalam. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Cris terkejut


CRIS... diberi peluang. — gambar dari Facebook
CRIS... diberi peluang. — gambar dari Facebook


KUALA LUMPUR: “Saya tidak cantas sesiapa. Mungkin ia ditakdirkan sebagai rezeki saya,” kata pelakon baru, Cristina Suzanne Stockstill, 26.
Sebelum ini, beberapa laman web sosial mengaitkan namanya yang lebih dikenali sebagai Qistina Cempaka, memintas pelakon jelita, Diana Danielle untuk mendapatkan watak utama, Mia Sarah dalam telefilem berjudul Sentuhan Isabella.
Menurutnya yang lebih selesa disapa Cris, dia tidak pernah berniat mahu memintas sesiapa, tambahan pula statusnya sebagai pendatang baru, dia lebih gemar bersaing dengan pelakon yang lebih popular daripadanya.

“Saya benar-benar terkejut apabila ada cerita mengatakan saya cantas Diana untuk watak itu. Sebenarnya, watak berkenaan diberi kepada saya oleh pengarah telefilem berkenaan berikutan Diana harus menjayakan produksi lain dan tiada masa untuk memberi komitmen dengan watak itu.



“Pada mulanya, saya tidak menyangka diberi watak itu kerana ia watak berat. Lebih-lebih lagi, watak berkenaan dikhaskan untuk Diana. Saya juga tidak yakin dapat membawa watak itu.

“Namun, kerana Diana tidak dapat memberi tumpuan, saya diberi peluang membawanya. Malah, ketika membawa watak itu, saya menerima tunjuk ajar daripada pengarah supaya dapat melakukannya dengan baik.

“Bagaimanapun, Diana masih berlakon dalam cerita itu. Cuma, watak diberi lebih mengikut kesesuaian jadualnya yang padat. Jadi, tidak timbul isu saya pintas sesiapa.

“Diana turut memberi tunjuk ajar kepada saya bagaimana untuk memberi lakonan yang baik,” katanya.

Bagi pengarah filem berkenaan, Osman Ali, dalam perkara itu tidak wujud siapa mencantas siapa untuk mendapatkan watak utama.

Menurutnya, dua watak utama yang dipegang oleh Julia Ziegler dan Cristina diberi mengikut kesesuaian watak dan masa.

“Cristina turut mengikuti ‘casting’ yang diadakan. Sejak itu, saya melihat dia mampu membawa watak itu. Bagaimanapun, ketika itu saya melihat ia lebih sesuai diberi kepada Diana.

“Namun, Diana ada sedikit masalah apabila terbabit dengan beberapa projek lain. Jadi, saya beri peluang itu kepada pendatang baru dalam dunia seni ini.

“Lagipun, saya melihat Cristina mempunyai pakej untuk menjadi pelakon bagus. Dia juga ada bakat besar dalam bidang lakonan dan jika diberi peluang, saya pasti dia mampu berdiri sebaris pelakon popular lain,” katanya.
myMetroCris terkejut

Ibu rayu anak pulang segera

CHUKAI: Seorang ibu, Che Engku Esah Che Engku Abas, 60, merayu anak lelakinya Che Engku Nasuha Che Engku Yahya, 32, yang meninggalkan rumah sejak tiga tahun lalu supaya pulang segera ke pangkuan keluarga.

Che Engku Esah berkata, sebelum ini anaknya dikatakan bekerja di kilang papan di Taiping, Perak dan kali terakhir pulang ke rumahnya di Felda Cerul Dua, di sini, pada Disember 2008 untuk menghadiri perbicaraan satu kes di Mahkamah Majistret Kemaman.


Katanya, selepas kembali ke rumah beberapa hari, anaknya pulang semula ke tempat kerjanya di Taiping dengan membawa semua dokumen penting dirinya, termasuk sijil sekolah dan album, tanpa memberitahu tujuan sebenar berbuat demikian.

“Saya hairan melihat anak membawa semua gambar dan dokumen diri bersamanya dan apabila ditanya untuk tujuan apa, dia hanya berdiam,” katanya ketika ditemui Metro Ahad semalam.


Menurutnya, kini hampir tiga tahun anaknya tidak menjenguk dia sekeluarga di kampung dan sepanjang tempoh itu juga Che Engku Nasuha tidak dapat dihubungi.


“Setelah gagal menghubunginya, kami sekeluarga ke tempat kerjanya di Taiping untuk bertemunya berdasarkan alamat diberikan dulu, namun kami terkejut apabila dimaklumkan penyelia di situ yang anak saya berhenti kerja lebih sebulan lalu dan berhijrah ke Kuala Lumpur,” katanya.

Katanya, sepanjang pengetahuannya dia dan anaknya tidak menghadapi masalah keluarga atau perselisihan faham setelah suaminya meninggal dunia lebih tiga tahun lalu dan sudah dua tahun mereka beraya tanpa kehadiran anak kelima daripada 10 beradik yang masih bujang itu.


“Saya merayu dan memohon Che Engku Nasuha pulang segera kerana terlalu merinduinya, ditambah lagi saya sekarang uzur, selain menyelesaikan satu kes mahkamah mengenai pembahagian harta pusaka di kampung.

“Saya dimaklumkan oleh pegawai yang menguruskan kes harta pusaka itu, jika anak saya tidak pulang atau tidak mendapat maklum balas daripadanya dalam masa tiga bulan, perbicaraan kes berkenaan akan tetap diteruskan tanpa kehadirannya.


“Saya mulai bimbang mengenai keselamatan anak saya lalu membuat laporan di Balai Polis Kuantan, Pahang dan merujuknya di Balai Polis Chukai pada 8 Oktober tahun lalu setelah gagal menghubungi serta berusaha mencarinya di Kuala Lumpur,” katanya sambil berharap orang ramai yang ada maklumat berkaitan supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis (IPD) Kemaman di talian 09-8592222.

myMetroIbu rayu anak pulang segera

Hasut guling Benigno

MANILA: Seorang pegawai tentera laut Filipina berpangkat kolonel dilucutkan daripada jawatannya dan disoalsiasat berhubung video yang menunjukkan beliau menggesa penggulingan Presiden Benigno Aquino.

Kolonel Generoso Mariano disingkirkan daripada jawatan Timbalan Ketua Markas Simpanan Tentera Laut dan disiasat atas dakwaan menghasut, kata jurucakap tentera laut, Lt Kolonel Omar Tonsay.


“Video itu menunjukkan beliau bercakap menentang kerajaan” kata Tonsay.

Dalam video yang tidak disiarkan secara terbuka itu, Mariano menggambarkan beberapa senario yang mewajarkan seorang presiden digulingkan.


Tonsay berkata, gesaan supaya menggulingkan Benigno tidak mendapat sokongan.


Mariano yang sepatutnya bersara hari ini apabila mencapai usaia 56 tahun, diarah tidak meninggalkan kuartersnya sehingga siasatan selesai.

“Kesalahan yang dilakukannya ialah perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukannya selaku pegawai dan menghasut. Menghasut adalah kesalahan amat serius,” kata Tonsay.



Dia tidak memberi tahu bila pita itu dirakamkan tetapi berkata, ia sudah ditonton oleh beberapa unit tentera.

Satu salinan video itu dihantar oleh orang yang tidak dikenali ke ibu pejabat tentera laut.


Tentera Filipina terbabit dalam beberapa cubaan rampasan kuasa sejak menyokong ‘kuasa rakyat’ menumbangkan pemerintahan kerajaan Ferdinand Marcos pada 1986.


Dua daripada lima presiden selepas Marcos terselamat daripada cubaan rampasan kuasa tentera, termasuk ibu Benigno Corazon Aquino yang meminta bantuan tentera udara Amerika Syarikat dalam satu cubaan menggulingkannya pada 1989. - AFP

myMetroHasut guling Benigno

Tiada kematian akibat letupan Lokon

JAKARTA: Lebih 4,800 orang dipindahkan sejak Gunung Berapi Lokon di Sulawesi meletup dan status berjaga-jaga dinaikkan pada paras paling tinggi.

Gunung berkenaan mengeluarkan debu setinggi 800 meter awal semalam sementara ia terus bergegar.

“Penduduk dipindahkan ke lapan pusat perlindungan. Tidak ada kemalangan jiwa berlaku akibat letusan itu,” kata jurucakap agensi pengurusan bencana, Sutopo Purwo Nugroho. - AFP

myMetroTiada kematian akibat letupan Lokon

Yingluck dituduh rasuah mi pedas


PENYOKONG Yingluck membaca majalah memaparkan kisah pemimpin Puea Thai itu.
PENYOKONG Yingluck membaca majalah memaparkan kisah pemimpin Puea Thai itu.
Bakal PM Thailand hadapi aduan langgar syarat kempen pilihan raya, jadi proksi Thaksin

BANGKOK: Dua minggu selepas pilihan raya umum Thailand berakhir, bakal Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra mula menerima tekanan bagi memenuhi janji mengeluarkan belanja besar untuk rakyat tanpa merosakkan ekonomi negara atau memberi ruang kepada musuh abangnya, Thaksin, mencabar kepemimpinan beliau.
Dalam satu kempen pilihan raya sebelum ini, lensa kamera merakamkan Yingluck menyingsing lengan memasak hidangan mi pedas di sebuah pasar sambil dikelilingi penyokongnya yang lapar.
Peristiwa yang sengaja disiarkan untuk meningkatkan imej usahawan berusia 44 tahun itu, bagaimanapun, mencetuskan masalah apabila pembangkang menuduh beliau melanggar undang-undang melarang pemberian sebarang bentuk hadiah dan dalam kes Yingluck, ‘hadiah’ yang beliau beri ialah mi pedas.

Namun, Yingluck bernasib baik dan terselamat daripada kes itu apabila pemerhati pilihan raya memutuskan bahawa beliau hanya memasak mi berkenaan dan tidak menghidangkannya.

“Apa yang dihadapi Yingluck sekarang hanyalah permulaan. Beliau bakal berhadapan tekanan lebih besar dalam tempoh terdekat,” kata perunding risiko sebuah firma saham beribu pejabat di Singapura, Brittany Damora.

Pemerhati pilihan raya juga belum mengesahkan kemenangan Yingluck dan cabaran perundangan menimbulkan persoalan mengenai keputusan pilihan raya mungkin berubah.
Jika ini berlaku, berpuluh-puluh ribu penyokong beliau sudah pasti akan kembali mengadakan perhimpunan di jalan raya dan mencetuskan semula keadaan tidak stabil di negara itu.

Ketika Yingluck berdepan pelbagai dugaan, beliau juga terpaksa bertungkus-lumus menghapuskan tanggapan dirinya proksi Thaksin.

Parti Puea Thai pimpinan Yingluck mengadakan kempen besar-besaran menggunakan nama Thaksin dan dasarnya yang popular di kalangan rakyat luar bandar pada pilihan raya baru-baru ini.

Walaupun langkah ini membantu Yingluck memenangi pilihan raya, ia juga memberi kesan negatif kepada imej beliau.

Parti Demokrat yang disokong golongan elit dan tentera sudah membuat aduan perundangan menggesa Puea Thai dibubarkan atas dakwaan membenarkan tokoh politik yang diharamkan mengarahkan kempen, termasuk Thaksin.

Demokrat merujuk kepada slogan kempen Puea Thai, ‘Thaksin Berfikir, Puea Thai Bertindak’ sebagai bukti parti pimpinan Yingluck menggunakan nama ahli politik yang diharamkan bertanding itu. – Agensi
Berita Harian Online | Yingluck dituduh rasuah mi pedas

Jennifer Lopez, suami berpisah


Jennifer Lopez, suami berpisah
Jennifer Lopez, suami berpisah
NEW YORK: Perkahwinan aktres dan penyanyi terkenal, Jennifer Lopez dengan penyanyi pop Latin, Marc Anthony berakhir, lapor majalah People, kelmarin.

Pasangan itu mengumumkan perceraian mereka selepas tujuh tahun berumah tangga dan mempunyai anak kembar berusia tiga tahun, Max dan Emme.
“Kami memutuskan untuk mengakhiri perkahwinan kami. Ini adalah keputusan yang sukar. Ia adalah penyelesaian yang terbaik.
“Ini adalah tempoh yang perit untuk semua yang terbabit. Kami harap tidak diganggu buat masa ini,” kata pasangan itu dalam kenyataan bersama.

Lopez, 41, dan Anthony, 42, berkahwin secara rahsia dalam satu majlis di Beverly Hills pada Jun 2004.

Perkahwinan itu berlangsung lima bulan selepas pertunangannya yang dibuat secara besar-besaran dengan Ben Affleck putus.

Lopez sudah dua kali berkahwin sebelum ini dengan pemilik restoran Ojani Noa dan bercerai pada 1998 dan perkahwinan kedua dengan penari latar Cris Judd, yang melayari alam rumah tangga daripada 2001 hingga 2003.
Bintang salsa, Anthony pula mempunyai dua anak lelaki Cristin, 10, dan Ryan, 7, dengan perkahwinan terdahulunya bersama Ratu Cantik Universe, Dayanara Torres.

Lopez dan Anthony dilaporkan memperbaharui ikrar perkahwinan pada 2008 selepas kembar mereka dilahir dan melakukan majlis yang sama tahun lalu sempena ulang tahun perkahwinan pada 5 Jun. – Reuters/ Agensi
Berita Harian Online | Jennifer Lopez, suami berpisah

Kolonel hasut guling Presiden Filipina


SEORANG lelaki menonton video Mariano di Quezon, menunjukkan kolonel  tentera Filipina itu menggesa presiden digulingkan.
SEORANG lelaki menonton video Mariano di Quezon, menunjukkan kolonel tentera Filipina itu menggesa presiden digulingkan.
Pegawai tentera laut bersara perkhidmatan hari ini ditahan

MANILA: Seorang kolonel angkatan tentera laut Filipina semalam dilucutkan daripada jawatan dan disiasat mengenai satu rakaman video menunjukkannya menggesa Presiden Benigno Aquino digulingkan.
Kolonel Generoso Mariano dilucutkan daripada jawatan timbalan ketua Pemerintah Tentera Laut Simpanan dan disiasat atas dakwaan hasutan dan tindakan tidak wajar, kata jurucakap tentera laut, Leftenan Kolonel Omar Tonsay.
“Rakaman video menunjukkan beliau bercakap menentang kerajaan,” kata Tonsay memberitahu agensi berita dan menambah bahawa rakaman itu menunjukkan Mariano memberitahu beberapa senario mengizinkan presiden dijatuhkan.

“Adalah menjadi tanggungjawab dan hak setiap rakyat Filipina termasuk tentera untuk menggantikan kerajaan. Saya ulangi, gantikan kerajaan,” kata Mariano dalam rakaman 95 saat yang bertarikh 3 Julai 2011.

Tonsay berkata, rakaman itu, yang salinannya sudah disebarkan kepada laman sosial internet sudah ditonton oleh sebahagian unit tentera. Satu salinan pita itu tanpa nama pengirim diletakkan di hadapan pintu pagar ibu pejabat angkatan tentera laut.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, gesaan supaya presiden digulingkan tidak mendapat sokongan 120,000 anggota tentera negara itu.
Mariano bersara hari ini kerana usianya mencapai 56 tahun. Dia ditahan di pangkalan tentera laut sehingga siasatan selesai, tambah Tonsay.
“Ini adalah kesalahan yang tidak sepatutnya dilakukan seorang pegawai dan hasutan adalah kesalahan yang berat,” katanya.

Rakaman video itu yang disebarkan dalam Facebook menunjukkan lelaki pertengahan tahun berkaca mata memakai kemeja T biru yang tidak jelas dengan gaya tentera bercakap menggunakan mikrofon sambil duduk. – AFP
Berita Harian Online | Kolonel hasut guling Presiden Filipina

Ketagih Internet punca otak remaja mengecut


BEIJING - Kajian terbaharu di China mendapati penggunaan Internet secara berlebihan oleh golongan remaja boleh menyebabkan otak mereka mengecut, lapor sebuah akhbar semalam.

Kajian berkenaan yang disiarkan jurnal sains, PLoS ONE menyatakan, kematian tisu otak berlaku di kalangan remaja yang ketagih melayari Internet.

Keadaan itu boleh membawa kepada kemerosotan daya tumpuan dan ingatan selain mengurangkan perasaan malu golongan remaja untuk melakukan perbuatan tidak sihat. Kajian tersebut melibatkan penggunaan mesin pengimejan resonans magnetik (MRI) untuk merakam imej otak 18 pelajar universiti berusia 18 tahun yang melayari internet selama 13 jam sehari, enam kali seminggu.

Kumpulan penyelidik berkenaan membandingkan imej MRI tersebut dengan imej MRI kumpulan pelajar yang melayari internet cuma dua jam sehari.

Selepas perbandingan dibuat, mereka mendapati korteks atau bahagian kelabu pada otak 18 pelajar yang ketagih Internet itu mengecut berbanding rakan mereka yang kurang melayari internet.

"Kajian kami membayangkan ketagihan Internet pada jangka panjang boleh membawa kepada kemerosotan struktur otak," kata kumpulan penyelidik itu.

Bahagian korteks otak berfungsi untuk memproses ingatan, emosi, pertuturan, penglihatan dan pendengaran di samping mengawal pergerakan anggota manusia.

Kajian itu dilakukan oleh sekumpulan pakar neurologi dan radiologi beberapa universiti dan hospital di China.

Dianggarkan seramai 24 juta remaja negara berkenaan ketagih melayari Internet. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia

Perkahwinan anak hambar



KamariYA menunjukkan kad jemputan dan laporan polis terhadap penganjur perhimpunan Bersih yang telah menjejaskan majlis perkahwinan anak perempuannya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Walaupun perhimpunan haram di ibu kota telah berlalu seminggu lalu, namun peristiwa itu masih menghantui seorang ibu yang dirundung perasaan sedih dan pilu.

Impian Kamariya Rejab, 58, untuk melihat majlis perkahwinan anak tunggalnya disambut meriah tidak kesampaian apabila kurang separuh daripada 3,000 tetamu jemputan tidak dapat hadir.

Ini berikutan kesukaran tetamu untuk sampai ke rumah pengantin di Kampung Pandan di sini apabila pihak polis telah menutup beberapa batang jalan di ibu negara bagi menangani perhimpunan haram itu.

Kamariya mendakwa mengalami kerugian hampir RM45,000 apabila sajian makanan dan cenderahati untuk tetamu terbiar gara-gara perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) itu.

"Makcik jangkakan paling kurang 2,000 tetamu akan hadir, namun hanya kira-kira 1,000 tetamu sahaja yang datang dan mereka terdiri daripada jiran sekeliling," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Katanya, bukan hanya tetamu dari Kuala Lumpur dijemput malah dari Singapura dan seluruh negara turut diundang bagi memeriahkan perkahwinan anak perempuannya, Nor Rehan Jaharudin, 29.

Kamariya yang bekerja di Singapura sejak 20 tahun lalu, mengecam tindakan penganjur perhimpunan itu kerana baginya keadaan di Malaysia sudah aman dan damai.

Kejadian itu juga membuatkannya tidak sihat sehingga kini kerana perhimpunan haram itu telah menjejaskan hari bahagia buat anaknya dan keluarga. - Bernama

Kosmo! Online - Negara

Astro perlu atasi gangguan siaran sewaktu hujan


KUALA LUMPUR - Atasi segera gangguan siaran semasa hujan atau hadapi tindakan undang-undang, tegas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim kepada rangkaian televisyen berbayar Astro.

Beliau berkata, rungutan rakyat mengenai masalah itu telah dimaklumkan kepada stesen itu yang berjanji untuk mengatasi masalah berkenaan. Rais berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mungkin terpaksa mengambil tindakan 'teknikal' memandangkan masalah itu menyebabkan pelanggan kerugian dari segi minit dan jumlah masa tontonan sedangkan bayaran fi berdasarkan minit siaran.

"Hal ini sedang dikaji oleh Astro dan mereka perlu segera atasinya. Jika berterusan tidak menerima isyarat (semasa siaran) ia merupakan satu ketidakadilan kepada rakyat dan penonton,'' katanya selepas menghadiri program merakyatkan seni budaya anjuran Persatuan Penduduk Ampang Jaya di Kelab Darul Ehsan di sini semalam. Rais berkata, antara aspek perundangan yang boleh diambil ialah menilai semula bayaran lesen penyiaran bagi syarikat tersebut.

Kosmo! Online - Negara

Saturday, July 16, 2011

'Kapit jering' akibatkan kegagalan buah pinggang

KOTA BHARU 15 Julai - Amaran kepada penggemar buah jering! Memakan buah itu secara berlebihan boleh mengakibatkan kegagalan buah pinggang.

Ketua Unit Nefrologi, Jabatan Perubatan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Dr. Sukeri Muhamad berkata, keadaan yang dikenali masyarakat tempatan sebagai 'kapit jering' itu berlaku apabila seseorang memakan buah jering mentah dalam kuantiti banyak.

Katanya, individu yang sihat mungkin mendapati buah pinggang mereka terpaksa dirawat menggunakan kaedah dialisis akibat daripada memakan buah jering secara berlebihan.

"Saya belum pernah tengok kes ia (buah jering) mengakibatkan buah pinggang menjadi rosak terus, tetapi biasanya buah pinggang individu yang terkena 'kapit jering' akan berhenti berfungsi sehingga seminggu lamanya.

"Jering boleh dimakan tetapi bukan dalam kuantiti yang banyak, namun bagi pesakit buah pinggang kronik kita tidak galakkan langsung memakan jering," katanya ketika ditemui pada Forum Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) Ke-9 di sini, hari ini.

Beliau berkata, individu yang tiba-tiba mengalami air kencing berdarah, tidak kencing langsung dan sakit perut berpanjangan mestilah memberitahu pihak hospital sekiranya mereka telah memakan jering bagi memastikan rawatan diberi adalah tepat.

"Jika tidak dimaklumkan, mungkin doktor akan tersilap membuat diagnosis seperti menjangka mereka mengalami masalah apendiks," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah NKF, Datuk Dr. Zaki Morad Mohd. Zaherberkata, risiko 'kapit jering' berlaku kerana sejenis asid dipanggil djengkolic acid dalam buah jering.

Beliau yang merupakan pakar perunding buah pinggang terkemuka negara berkata, kandungan asid tersebut boleh dikurangkan melalui kaedah merebus buah jering sehingga masak.

"Asid inilah yang merosakkan buah pinggang buat sementara, kalau direbus betul-betul, risiko 'kapit jering' dapat dikurangkan," nasihatnya.

Lebih 300 hadirin terdiri daripada pesakit, keluarga dan pengusaha pusat dialisis hadir pada program itu yang julung kalinya diadakan di negeri ini.

Forum itu membincangkan peranan agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam memberi bantuan kewangan serta peluang pekerjaan kepada pesakit buah pinggang.

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

PATI ditahan ketika naiki pesawat


TAWAU 15 Julai - Hasrat tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia untuk mencuba nasib di Kuala Lumpur tidak kesampaian apabila mereka termasuk tiga wanita ditahan ketika ingin berlepas menaiki kapal terbang di Lapangan Terbang Tawau di sini, malam tadi.

Kesemua mereka yang berusia antara 21 hingga 42 tahun itu gagal memperdayakan kakitangan Jabatan Imigresen apabila pihak berkenaan berjaya mengesan perbezaan wajah mereka dengan gambar yang tertera dalam pasport masing-masing.

Ketua Jabatan Imigresen Daerah, Ibrahim Tamsil berkata, kesemua suspek ditahan di balai berlepas lapangan terbang itu ketika ingin menaiki pesawat syarikat tambang murah tempatan kira-kira pukul 9.30 malam.

"Siasatan awal mendapati kesemua suspek baru dua hari memasuki negeri ini secara haram menerusi laluan tikus di Kalabakan. Kegiatan mereka dipercayai didalangi satu sindiket yang masih diburu.

"Kesahihan pasport Indonesia yang digunakan mereka juga diragui, pihak kita akan berhubung dengan Kedutaan Indonesia bagi mendapatkan pengesahan sama ada ia adalah asli atau palsu," katanya.

Tambah Ibrahim, kes itu merupakan yang pertama melibatkan pintu keluar lapangan terbang yang direkodkan pihaknya sepanjang tahun ini.

Katanya, kesemua PATI itu ditahan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau, di bawah Seksyen 51 (5) (b), Akta Imigresen.

Beliau berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 12 (1) (b) Akta Imigresen 1966 (Akta 150), yang membawa hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Utusan Malaysia Online - Sabah & Sarawak

Pekerja mati diserang mandur


SANDAKAN 15 Julai - Gara-gara bertengkar masalah kerja, seorang buruh ladang warga Indonesia mati dipercayai diserang oleh dua lelaki termasuk mandurnya sendiri di sebuah ladang kelapa sawit di Memanjang Batu 36, Jalan Beluran dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Rowell Marong berkata, mangsa yang berusia 32 tahun dan belum dikenali identitinya meninggal dunia di Hospital Daerah Beluran kira-kira pukul 9 malam.

Beliau berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa dikatakan bertengkar mengenai masalah kerja dengan mandurnya yang juga seorang warga Indonesia di rumah kongsi mereka.

"Mangsa dan isterinya tinggal bersama mandur berkenaan dan seorang lagi suspek yang juga adik kepada mandur itu di rumah kongsi yang sama," katanya di sini, hari ini.

Rowell berkata, lanjutan daripada pertengkaran itu, mangsa dikatakan diserang dengan menggunakan pisau dan botol.

Katanya, dua beradik berkenaan kemudian melarikan diri selepas menyerang mangsa manakala mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Daerah Beluran untuk rawatan lanjut.

Menurut beliau, pihaknya masih memburu dua beradik itu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Utusan Malaysia Online - Sabah & Sarawak

Pekerja mati diserang mandur


SANDAKAN 15 Julai - Gara-gara bertengkar masalah kerja, seorang buruh ladang warga Indonesia mati dipercayai diserang oleh dua lelaki termasuk mandurnya sendiri di sebuah ladang kelapa sawit di Memanjang Batu 36, Jalan Beluran dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Rowell Marong berkata, mangsa yang berusia 32 tahun dan belum dikenali identitinya meninggal dunia di Hospital Daerah Beluran kira-kira pukul 9 malam.

Beliau berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa dikatakan bertengkar mengenai masalah kerja dengan mandurnya yang juga seorang warga Indonesia di rumah kongsi mereka.

"Mangsa dan isterinya tinggal bersama mandur berkenaan dan seorang lagi suspek yang juga adik kepada mandur itu di rumah kongsi yang sama," katanya di sini, hari ini.

Rowell berkata, lanjutan daripada pertengkaran itu, mangsa dikatakan diserang dengan menggunakan pisau dan botol.

Katanya, dua beradik berkenaan kemudian melarikan diri selepas menyerang mangsa manakala mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Daerah Beluran untuk rawatan lanjut.

Menurut beliau, pihaknya masih memburu dua beradik itu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Utusan Malaysia Online - Sabah & Sarawak

Dua ditahan terbabit kes rompakan berkumpulan


KOTA KINABALU 15 Julai - Polis menahan dua lelaki warga asing kerana dipercayai terlibat dalam lima kes rompakan berkumpulan sehingga mencecah RM480,000 di sekitar bandar raya ini sejak awal tahun ini.

Siasatan awal mendapati, kesemua suspek berusia antara 20 hingga lingkungan 30-an itu terbabit dalam beberapa kes kecurian, rompakan berkumpulan dan bersenjata.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria berkata, kedua-dua suspek ditahan di Luyang di sini pada 6 Julai lalu hasil maklumat daripada orang awam.

"Sebaik sahaja menerima maklumat, sepasukan polis dikerahkan ke kawasan itu untuk menjalankan pengawasan dan menangkap kedua-dua suspek berhampiran sebuah bank yang pernah dirompak oleh mereka," katanya di sini, hari ini.

Menurut Ahmad Sofi, modus operandi mereka adalah mensasarkan lokasi bank dengan memerhatikan mangsa yang memasuki bank dan mengeluarkan wang dalam jumlah yang besar.

"Mereka kemudian akan memancitkan tayar kenderaan mangsa sementara menunggu mereka keluar daripada bank. Semasa mangsa sibuk menukar tayar, suspek bertindak merompak mangsa," katanya.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Utusan Malaysia Online - Sabah & Sarawak

Rupert Murdoch tunduk kepada tekanan



Rupert Murdoch (kiri) bersama anak lekakinya, James.


LONDON 15 Julai - Jutawan media, Rupert Murdoch dan anak lelakinya, James tunduk kepada tekanan dan bersetuju untuk memberi keterangan kepada ahli Parlimen Britain, ketika siasatan mengenai skandal menggodam telefon merebak ke Amerika Syarikat (AS) dengan pembabitan Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

Murdoch dan anaknya, semalam mengubah keputusan mereka yang sebelum ini enggan memberi keterangan kepada sebuah jawatankuasa Parlimen pada Selasa ini.

Skandal itu telah memaksa Murdoch, pengasas syarikat media global, News Corp. menutup akhbar tabloid dalam kumpulan itu, News of the World dan merosakkan percubaan beliau untuk mengambil alih syarikat televisyen satelit, BSkyB.

Dalam pada itu, penyiasat AS berkata, mereka sedang menyiasat dakwaan yang dibuat pada Isnin lalu oleh akhbar tabloid The Mirror bahawa kakitangan News Corp. mungkin telah menjadikan perbualan telefon mangsa serangan 11 September, 2001 sebagai sasaran.

Murdoch, 80, semalam cuba meredakan kebimbangan pemegang saham News Corp., dengan memberitahu akhbar Wall Street Journal bahawa krisis itu sedang ditangani 'dengan begitu baik menerusi segala langkah yang dapat diambil'.

Katanya, kerosakan ke atas News Corp. di Britain 'bukanlah sesuatu yang tidak dapat diatasi' dan sebuah jawatankuasa bebas akan ditubuhkan bagi 'menyiasat setiap dakwaan salah laku'.

Awal semalam, polis Britain menangkap bekas pengarang eksekutif News of the World, Neil Wallis tetapi kemudian terpaksa mengaku pasukan Scotland Yard sendiri pernah mengambil beliau sebagai penasihat, sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai rasuah polis dalam kes itu.

Murdoch dan anaknya mengubah pendirian hanya lima jam selepas jawatankuasa khas Parlimen mengenai media secara rasmi memanggil mereka untuk memberi keterangan, setelah menerima surat daripada dua beranak itu yang menyatakan mereka tidak dapat hadir tanpa memberi sebarang sebab. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Helah Geng Macho terbongkar



ABD. Razak Elias (kiri) menunjukkan topeng yang digunakan olehGeng Macho untuk melakukan pecah rumah di Serdang di Balai Polis Seri Kembangan, semalam.


KUALA LUMPUR 15 Julai - Empat lelaki yang dianugerahkan Tuhan memiliki tubuh yang tegap selain raut wajah yang kacak, menyalahgunakan kelebihan itu untuk terlibat dalam kegiatan jenayah pecah rumah dan samun di sekitar Serdang dekat sini, sejak beberapa bulan lalu.

Mereka yang dikenali sebagai Geng Macho memecah masuk beberapa rumah di sekitar kawasan itu ketika pemiliknya tiada di rumah.

Bagaimanapun, kegiatan kumpulan penjenayah yang berasal dari Kedah itu terbongkar apabila dua daripada mereka ditahan ketika cuba memecah masuk sebuah rumah teres dua tingkat di Bandar Kinrara, Puchong kira-kira pukul 10.20 pagi semalam.

Polis sebelum itu mendapat maklumat daripada seorang penduduk di kawasan itu bahawa dua lelaki berketerampilan kemas menaiki sebuah kereta jenis Peugeot 206 cuba memasuki rumah jirannya.

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abd. Razak Elias, selepas dimaklumkan oleh penduduk itu, sepasukan anggota polis tiba di tempat kejadian dan berjaya menahan kedua-dua lelaki terbabit.

"Ketika ditahan, dua lelaki itu cuba mencungkil pintu rumah jirannya dengan pemutar skru yang diubah suai.

"Polis turut menemui pelbagai peralatan pecah rumah dan samun, termasuk topeng monyet di dalam kenderaan yang dinaiki oleh suspek berusia lingkungan 20-an itu," katanya pada majlis sambutan ulang tahun pertama penubuhan Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang di Balai Polis Seri Kembangan dekat sini, hari ini.

Kata beliau, hasil siasatan ke atas kedua-dua lelaki itu membawa kepada penahanan dua lagi suspek tampan berusia lingkungan 20-an di sebuah kondominium Taman Segar Mewah, Cheras petang semalam.

"Polis turut menemui sepucuk pistol tiruan dalam beg galas, komputer, unit pemprosesan pusat (CPU) dan pelbagai barang berjenama di rumah suspek.

"Siasatan lanjut mendapati, sebahagian daripada barang itu dipercayai hasil pecah masuk sebuah pejabat di Bandar Baru Bangi pada 26 Jun lalu," katanya lagi.

Menurut Abd. Razak, Geng Macho yang dianggotai oleh sekumpulan lelaki berwajah seperti model dengan berpakaian kemas seperti untuk ke pejabat dan menaiki kereta berprestij itu adalah helah sebelum mereka memecah masuk rumah mangsa.

"Kumpulan penjenayah ini akan berlagak selamba seolah-olah rumah yang dimasuki mereka adalah rumah kenalan bagi mengaburi mata penduduk setempat.

"Kesemua mereka mempunyai rekod jenayah dan direman mengikut Seksyen 457/11 kerana cuba melakukan pecah masuk rumah," katanya.

Utusan Malaysia Online - Jenayah

'Lesen terbang': Datuk antara 23 ditahan

KUALA LUMPUR 15 Julai - Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk ialah antara 23 lelaki yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kegiatan pengeluaran 'lesen terbang' melibatkan beberapa buah sekolah memandu di Lembah Klang dan Selangor.

Lelaki lingkungan 60-an itu ditahan di pejabatnya di ibu negara pada 27 Jun lalu.

Datuk tersebut dipercayai bertindak sebagai 'runner' bagi sindiket itu yang berperanan mendapatkan calon untuk menduduki ujian Bahagian 1 Berkomputer.

Selain tangkapan itu, menurut sumber, dianggarkan 100 calon yang dikenal pasti memperoleh 'lesen terbang' diambil keterangan bagi membantu siasatan.

"Daripada 23 individu lelaki yang ditahan ada antaranya pengurus, pemilik pusat belajar memandu dan orang tengah.

"Kertas siasatan kes ini hampir lengkap, bagaimanapun kita mengesan individu terlibat dan calon-calon lain yang memperoleh lesen terbang," kata sumber itu.

SPRM baru-baru ini menahan 10 lelaki bagi membantu siasatan berhubung kegiatan pengeluaran lesen terbang yang dipercayai turut melibatkan beberapa buah sekolah memandu di sekitar Lembah Klang dan Selangor.

Kesemua mereka bekerja di sekolah memandu dan terlibat sebagai ejen sindiket berusia antara 25 dan 40 tahun ditahan di sekitar Lembah Klang.

Menurut sumber, sindiket itu dipercayai menerima suapan antara RM300 hingga RM400 daripada setiap calon yang bersetuju mendapatkan lesen terbang.

Utusan Malaysia Online - Jenayah

Kolonel ditahan akibat minta presiden diguling

MANILA 16 Julai - Ketua Tentera Laut Filipina mengarahkan seorang pegawainya berpangkat kolonel dikenakan tahanan dalam bilik selepas pegawai itu dilihat meminta kerajaan pimpinan Presiden, Benigno Aquino III digulingkan dalam satu rakaman video.

Naib Laksamana Alexandar Pama berkata, Kolonel Generoso Mariano yang berjawatan sebagai timbalan komander Pentadbiran Simpanan Tentera Lau akan ditahan di ibu pejabat tentera marin sehingga siasatan diadakan,

Beliau semalam berkata, tiada sebarang petunjuk yang menunjukkan rasa tidak puas hati dalam pasukan tentera laut terhadap kerajaan. - Agensi

Utusan Malaysia Online - Terkini

‘Digelar gila kunyah kaca’


YAKIN...Johari menyuap serpihan kaca kepada isterinya, Halimatussadiah.
YAKIN...Johari menyuap serpihan kaca kepada isterinya, Halimatussadiah.


BATU teras gunung.
BATU teras gunung.

BUKIT BERUNTUNG: “Kami pernah digelar orang gila dan pengamal ilmu sesat kerana makan kaca,” katanya pemandu treler, Johari Mohamad yang boleh mengunyah serpihan kaca tanpa mencederakan diri.
Selain Johari, 37, isterinya, Halimatussadiah Ghazali, 32, dan beberapa rakannya berkemampuan mengunyah serpihan kaca sama ada daripada lampu kalimantang atau cermin dihancurkan umpama menikmati kacang.
Johari berkata, dia boleh mengunyah kaca apabila memegang batu dipanggil ‘teras gunung’ yang didakwanya mempunyai pelbagai manfaat dalam bidang perubatan.

“Tapi perkara ini berlaku kerana kuasa Allah, bukan dari keyakinan terhadap batu itu, namun perkara begini menjadikan saya dan rakan yang mempunyai ‘teras gunung’ dipandang pelik segelintir orang.

“Batu ini ada keindahan dan manfaat tersendiri kepada orang yang mengetahuinya tetapi keyakinan mengenai itu tetap datang daripada Allah,” katanya.myMetro | ‘Digelar gila kunyah kaca’