Wednesday, June 9, 2010

1,441 rakyat kita dipenjara 59 negara



KUALA LUMPUR - Sehingga kelmarin, terdapat 1,441 orang rakyat Malaysia yang ditahan di penjara luar negara atas pelbagai kesalahan melibatkan 59 negara, kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Lee Chee Leong. 

“Pecahan mengikut jenis kesalahan atas kesalahan dadah 733 orang, kes dokumen palsu dan kad kredit 243 orang, masalah imigrasi 72 orang, perdagangan manusia 40 orang. 

“Jenayah perdagangan 93 orang, mencuri 74 orang, membunuh 17, penipuan 47 orang dan kesalahan-kesalahan lain 122 orang,” katanya. 

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Senator Datuk Saripah Aminah Syed M:ohamed yang mahu me- ngetahui jenis-jenis kesalahan yang dituduh terhadap rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara. 

Chee Leong berkata, terdapat 98 orang rakyat negara ini yang ditahan di luar negara dan masih menunggu tarikh perbicaraan. 

Menurutnya, antara usaha yang dilakukan oleh kerajaan bagi membantu mereka adalah dengan mengadakan lawatan konsular ke pusat tahanan, bagi memastikan mereka mendapat layanan yang baik dan adil. 

“Kerajaan juga membuat permohonan kepada pihak berkuasa tempatan agar :mempercepatkan perbicaraan kes mereka,” katanya. 

Chee Leong berkata, rakyat Malaysia yang ingin keluar negara adalah sentiasa diingatkan aga:r berkelakuan baik: dan sentiasa berwaspada agar tidak terpedaya serta menjadi mangsa penipuan sindiket tertentu. - Bernam:a

No comments:

Post a Comment