Wednesday, June 9, 2010

PM sokong NGO teruskan misi kemanusiaan Gaza




NAJIB dan Rosmah (tengah) bersama Dr. Mahathir, Dr. Siti Hasmah dan Anifah (kiri) bergambar kenangan dengan enam sukarelawan Malaysia pada jamuan makan tengah hari di kediaman Perdana Menteri di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tetap akan menyokong program dan usaha badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk meneruskan penghantaran misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.
"Saya fikir amat baik sekiranya NGO-NGO ini kalau mereka bersetuju untuk terus membuat program seperti menghantar bantuan kemanusiaan dengan menggunakan bot-bot atau kapal-kapal tertentu atau dengan apa cara sekali pun.
"Ini adalah supaya masalah dan kesengsaraan yang dihadapi oleh rakyat Palestin di Gaza akan sentiasa dalam perhatian masyarakat dunia," katanya kepada pemberita selepas meraikan enam lagi sukarelawan Malaysia yang terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza yang dibebaskan oleh tentera Israel Sabtu lepas pada jamuan makan tengah hari di kediamannya di Langgak Duta di sini semalam.

No comments:

Post a Comment