Wednesday, June 9, 2010

Bangga membunuh

SEPANG: “Kami mendapat maklumat, pemerintah Israel akan menyanjung tinggi tenteranya yang berjaya dapat menembak orang lain tanpa apa-apa senjata. Malah rejim Zionis itu juga akan memberi pingat atas ‘kejayaan’ jijik itu,” kata ketua misi Perdana Global Peace Organisation (PGPO), Shamsul Akmar Musa Kamal.
Beliau adalah seorang daripada enam rakyat Malaysia termasuk dua wakil media yang selamat tiba ke tanah air malam tadi selepas kapal MV Rachel Corrie dinaiki dirampas tentera Israel ketika belayar menghantar bantuan kemanusian berhampiran Semenanjung Gaza, Sabtu lalu.
Shamsul Akmar berkata, dia dimaklumkan pihak Zionis juga akan menggelar tentera pengganasnya sebagai hero sekiranya dapat menembak orang yang sedang masak di dapur atau seseorang Islam yang sedang menunaikan solat.

“Ini menunjukkan betapa kejinya tentera Tel Aviv melayani pihak lain yang tidak menyokong rejim mereka. Sifat binatang mereka terserlah apabila sanggup bertindak kejam terhadap mangsa mereka yang sebenarnya langsung tidak berdaya melawan tentera mereka yang bersenjata lengkap.

“Sebab itu apabila segerombolan Pasukan Pertahanan Israel datang kepada kami sebelum merampas kapal MV Rachel Corrie pada Sabtu lalu kira-kira jam 2.45 petang waktu Malaysia memberitahu kononnya mereka tak bunuh orang, saya hanya memandang lekeh,” katanya ketika ditemui di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini semalam.

Enam rakyat Malaysia terbabit ialah sukarelawan mewakili PGPO iaitu Shamsul Akmar, Matthias Chang, dan Ahmad Faizal Azumu; Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria dan wartawan TV3, Halim Mohamed bersama jurukamera, Mohd Jufri Judin.

Keenam-enam aktivis itu tiba di tanah air pada jam 7.15 malam semalam dengan menaiki pesawat Royal Jordanian. Mereka ialah sukarelawan mewakili PGPO iaitu Matthias Chang, Shamsul Akmar Musa Kamal dan Ahmad Faizal Azumu; Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria dan wartawan TV3, Halim Mohamed bersama jurukamera, Mohd Jufri Judin.

Mereka disambut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (Miti) Datuk Mukhriz Mahathir, Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Ahmad Maslan., selain anggota keluarga serta sanak saudara. Menurut Shamsul Akmar, tentera Israel juga membawa sendiri media mereka untuk memutar belit dunia bahawa mereka amat bertimbang rasa sedangkan semua sukarelawan diacu senjata bagai penjenayah.

No comments:

Post a Comment