Wednesday, June 9, 2010

Liberalkan AP barang kawalan



AP gula dan barangan kawalan lain perlu diliberalisasikan bagi menggalakkan persaingan sihat antara para peniaga sekali gus memecahkan monopoli syarikat-syarikat tertentu. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) menggesa kerajaan meliberalisasikan sistem permit import (AP) bagi barang kawalan iaitu gula, tepung gandum dan minyak masak berasaskan kelapa sawit.
Pengerusinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, langkah tersebut harus diambil bagi menggalakkan persaingan sihat antara para peniaga yang sekali gus memecahkan monopoli syarikat-syarikat tertentu.
"AP barang-barang makanan khususnya gula, tepung gandum dan minyak masak sepatutnya dikendalikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kerana ia menjaga kepentingan pengguna di negara ini," katanya dalam satu kenyataan semalam.

No comments:

Post a Comment