09/06/2010 1:32pm
KANGAR 9 Jun - Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Datuk Fadzil Mahmood, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Surau, Utan Aji dekat sini hari ini, kira-kira sebulan selepas isteri beliau kembali ke rahmatullah.
Allahyarham yang berusia 73 tahun menghembuskan nafas terakhir di hadapan kesemua empat orang anaknya pada 3.30 pagi selepas dibawa pulang dari Hospital Tuanku Fauziah Kangar pada 6 petang semalam setelah dirawat di situ sejak 2 Jun kerana masalah jantung.
Anak ketiganya, Faisal, 35, berkata kematian ayahnya adalah 33 hari selepas ibunya, Datin Fatimah Ismail, 71, meninggal dunia.
Faisal, yang menyambut ulang tahun kelahirannya hari ini berkata, jenazah ayahnya akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Surau selepas zohor hari ini.
Fadzil menjadi Speaker dari 9 September 1986 hingga 4 Oktober 1990 ketika Tan Sri Dr. Abdul Hamid Pawanteh menjadi Menteri Besar.
Antara yang menziarahi jenazah alahyarham ialah Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu, Speaker DUN, Datuk Yazid Mat dan Exco-exco Kerajaan negeri. - Bernama
No comments:
Post a Comment