JITRA - Empat beradik yatim piatu terkejut dengan kehadiran Datuk Wira Mohd. Johari Baharum yang singgah untuk bersahur bersama mereka di Kampung Gelung Rambai, Tunjang di sini semalam.
Kedatangan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu memberi harapan kepada mereka untuk memohon bantuan bagi membaiki bumbung rumah pusaka yang didiami selain membina bilik air baru.
"Saya gembira dan terharu dengan rombongan yang dapat melihat kesusahan kami berempat," kata anak sulung keluarga itu, Mohd. Razmi Wahab, 28.
Menurutnya, kedatangan Ramadan kali ini amat menyentuh hati kerana buat kali pertama berpuasa tanpa ibu, Kamariah Othman yang maut dalam kemalangan jalan raya Mac lalu.
"Selepas kematian bapa akibat sakit paru-paru berair pada tahun 2004, ibulah tempat kami bermanja namun dengan ketiadaan ibu sambutan Ramadan dan raya tahun ini tidak meriah," katanya yang bekerja sebagai pemandu jentolak.
No comments:
Post a Comment