Monday, August 23, 2010

Tinggalkan negara jika tidak suka Artikel 153



SHAH ALAM – Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menegaskan bukan Bumiputera yang tidak menghormati Artikel 153 Perlembagaan Negara boleh berti:ndak meninggalkan negara ini secepat mungkin dan kembali ke tanah asal nenek moyang mereka. 

:Beliau berkata, sekarang orang bukan Melayu semakin berani menuntut hak-hak yang bukan menjadi hak mereka terutamanya mendesak agar sasaran ekuiti Melayu sebanyak 30 peratus dikurangkan sedangkan Melayu membentuk 67 peratus daripada penduduk negara ini. 

:Menurutnya, kenyataan Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon menegurnya supaya tidak melukai hati kaum lain tidak boleh diterima kerana selama ini kaum lain sering melukai hati kaum Melayu dengan kenyataan-kenyataan pedih dan tuntutan yang melampau. 

:“Sebagai Menteri Perpaduan, kenapa beliau tidak tegur Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek baru-baru ini yang menyokong Kongres Ekonomi Cina Malaysia supaya 30 peratus tersebut dihapuskan,” katanya kepada Sinar Harian semalam. 

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas turut mendakwa Tsu Koon sebagai penggerak anti Melayu secara halus dan mendesaknya supaya menjelaskan pendiriannya dalam isu ekuiti Melayu tersebut. 

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia mengspesifikasikan bagaimana Kerajaan Pusat melindungi kepentingan Bumiputera dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam.

No comments:

Post a Comment