Thursday, September 16, 2010

Hari Malaysia perlu diingati - Dr. M


KUALA LUMPUR 15 Sept. - Rakyat negara ini perlu terus memperingati Hari Malaysia dan menjadikannya sebagai landasan untuk membina sebuah negara yang aman makmur dan sejahtera.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 sebenarnya adalah kekuatan bagi semua rakyat dalam melalui pelbagai peristiwa suka duka.
''Banyak perkara sudah berlaku dan dilalui kita semua. Sekarang kita sudah menjadi rakyat Malaysia yang hampir tiada perbezaannya.
''Jadi marilah kita ingati Hari Malaysia ini tanpa mengambil kira perbezaan yang wujud yang boleh memecahbelahkan kita,'' katanya.
Beliau berucap pada pelancaran Festival Muzik, Seni dan Gaya Antarabangsa (MASiF) 2010 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini malam ini.
Festival selama lima hari itu diadakan sempena sambutan Hari Malaysia dan menampilkan acara-acara kesenian, fesyen dan muzik dari dalam dan luar negara.
Dr. Mahathir berkata, rakyat Malaysia perlu bersatu padu bagi terus membina negara ini.
''Sambutan ini amat bermakna bagi kita kerana kita semua sanggup bergabung bagi membentuk sebuah negara yang kita miliki hari ini,'' katanya.

No comments:

Post a Comment