Thursday, September 16, 2010

Najib puji kecekapan polis tangani kes pembunuhan Sosilawati

SANDAKAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memuji kecekapan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana dapat menyelesaikan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dengan cepat.
Sambil menyampaikan ucapan syabas dan tahniahya kepada PDRM, beliau mahu pasukan polis turut diberi ruang dan masa untuk menguruskan kes berkenaan agar semua yang terbabit dapat dihadapkan ke muka pengadilan.
"Ini satu kejayaan (pihak polis) yang begitu memberangsangkan. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak PDRM kerana dapat bertindak cepat, pantas dan dapat membongkar mereka yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan mangsa berkenaan.

"Saya berharap mereka dapat mencari bukti-bukti yang jelas yang boleh dikemukakan di mahkamah supaya mahkamah tidak merasa ragu untuk menjatuhkan hukuman yang setimpal degan angkara yang cukup kejam yang telah dilakukan oleh mereka itu," katanya.

Najib berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Juara Rakyat peringkat Sabah dan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di sini hari ini, sebagai mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang menyifatkan kes pembunuhan jutawan kosmetik itu berusia 47 tahun dan tiga rakannya yang lain selesai.

Tiga yang lain pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shansuddin, 44, peguam peribadinya Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pegawai CIMB bank cawangan Kampung baru, di sini, Noorhisham Mohamad, 38 dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu, dipercayai dipukul sampai mati dan dibakar di Ladang Gadong dan abunya dibuang di Sungai Panchau, Banting, Selangor Pada majlis yang turut dihadiri Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman serta ketua parti komponen Barisan Nasional (BN), Najib juga melancarkan program pemberian susu percuma kepada pelajar sekolah rendah yang dinamakan "Program Susu 1Malaysia".

Najib berkata polis tidak boleh bertindak terburu-buru membawa kes berkenaan ke mahkamah kerana mereka terpaksa mencari bukti kukuh yang boleh mensabitkan semua yang dituduh di muka pengadilan.

"Setakat ini (mereka akan) didakwa tetapi pendakwaan mesti disabitkan kesalahan di mahkamah. Ini yang kita mesti berikan masa dan ruang secukupnya (kepada polis) untuk mencari bukti yang boleh dibawa ke mahkamah sehingga tidak ada keraguan sama sekali. Sebab kalau nak jatuhkan hukuman, ia kena melangkaui keraguan munasabah," katanya.

Mengenai pemberian susu percuma itu yang dijangka dilaksanakan pada bulan depan, beliau berkata Program Susu 1Malaysia berkenaan akan dilaksanakan secara berterusan.

Katannya, sebagai permulaan susu berkenaan akan diberikan kepada pelajar Tahun 1 hingga Tahun 3 sebelum diperluaskan secara berperingkat-peringkat kepada kelas pelajar lebih tinggi.

Najib berkata, kos permulaan bagi program berkenaan ialah RM4 juta dan akan ditambah dari semasa ke semasa.
Menurutnya, kerajaan negeri Sabah telah memberi jaminan kepada beliau bahawa negeri itu berupaya membekalkan susu mencukupi bagi mejayakan program berkenaan secara berterusan.-Bernama

No comments:

Post a Comment