2010/12/09
PEMBANTU rumah Indonesia diberi latihan sebelum dihantar agensi pekerjaan ke Arab Saudi.
Pengerusi kumpulan Nahdlatul Ulama, Aqil Siradj, berkata semalam sejumlah 12 kumpulan Islam dengan lebih 100 juta pengikut menggesa kerajaan untuk menangguhkan langkah berkenaan sehingga keselamatan pembantu rumah dijamin di negara Asia Barat terbabit.Lebih 80,000 pembantu rumah Indonesia ke Arab Saudi setiap tahun melalui agensi pekerjaan untuk bekerja di bawah dasar eksport buruh di negara terbabit.Kumpulan hak asasi berkata, ada amah Indonesia dijadikan seperti hamba dan mengalami penderaan seksual. Isu terbabit menimbulkan kemarahan apabila bulan lalu media membuat liputan terhadap seorang wanita berusia 23 tahun yang bibirnya dipotong menggunakan gunting, manakala belakangnya diseksa dengan seterika dipercayai dilakukan majikannya. – AP
No comments:
Post a Comment