Thursday, December 9, 2010

MEMBIMBANGKAN: 2,426 KES ROGOL BAGI LAPAN BULAN PERTAMA TAHUN INI

SEBANYAK 2,426 kes rogol dilaporkan berlaku bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini, menyaksikan Selangor mencatat jumlah kes tertinggi sebanyak 456 kes manakala Perlis negeri terendah mencatatkan kes serupa (18 kes).

Dalam tempoh yang sama juga, sebanyak 289 kes sumbang mahram dilaporkan dengan Johor mencatat kes tertinggi sebanyak 43 kes. Sementara Perlis pula mencatatkan kes paling rendah sebanyak satu (1) kes.

Bagi kes gangguan seksual pula sebanyak 1,441 kes dilaporkan dalam tempoh yang sama, menyaksikan Johor jug ayang paling tinggi mencatatkan kes berkenaan, sebanyak 216 kes dan Perli juga paling rendah dengan 20 kes.

Statistik ini dikeluarkan Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein, di Parlimen, hari ini. Katanya, bagi jumlah kes yang didakwa, sebanyak 119 kes pesalah rogol telah dibawa ke mahkamah dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini. Sebanyak 73 kes gangguan seksual juga didakwa di mahkamah dalam tempoh serupa.

Berdasarkan jumlah kes yang dikeluarkan kementerian, sudah pasti angka rogol ini boleh dianggap semakin membimbangkan kerana kebiasaannya dalam perlakuan jenayah, bagi setiap kes yang dilaporkan sekurang-kurangnya satu kes lain tidak dilaporkan.

Ini bermakna jika kes yang tidak dilaporkan dihitung secara kasar, terdapat hampir 5,000 kes rogol sepanjang 8 bulan pertama tahun ini dan hampir 600 kes sumbang mahram pula yang berlaku.

No comments:

Post a Comment