Thursday, December 9, 2010

Mohamad Tokoh Keluarga Mithali Maal Hijrah




KUALA Terengganu - Tokoh Keluarga Mithali Maal Hijrah 1432H, Mohamad Abu Bakar menyifatkan penganugerahan yang diterimanya adalah sebagai satu dedikasi yang ditujukan khas buat isteri tercinta, Allahyarhamah Ramlah Abas. 

Beliau yang menerima anugerah tersebut sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Terengganu 1432H berkata, anugerah ini didedikasikan khas buat arwah isterinya yang telah berjaya mendidik 10 orang anak mereka sehingga ke menara gading. 

“Mendidik anak bukan setelah mereka lahir, tetapi bermula sebelum lahir lagi ibu bapa seharusnya telah mula mendidik mereka de-ngan bacaan ayat suci al-Quran supaya mereka menjadi seorang anak yang cerdik dan pandai kelak,” katanya yang ternyata gembira dan bersyukur dengan anugerah yang diterimanya itu. 

Sementara itu, sambutan maal hijrah itu juga turut menganugerahkan Ziq Bakery & Cake sebagai penerima anugerah bagi kategori Kilang Produk Halal Terbaik yang diusahakan oleh Suzana Mohamad Salleh, 36, dan suami, Badrol Hisham Zaki, 41.

No comments:

Post a Comment