Sunday, March 27, 2011

Anwar dakwa pelibatan Rahim tanda Umno tiada kredibiliti



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan serangan ke atas Umno dengan mendakwa pembabitan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dalam pendedahan rakaman video seks, kononnya melibatkan ketua umum Pakatan Rakyat, menggambarkan kecacatan kredibiliti Umno yang sanggup menggunakan politik 'jijik dan jahat'.
'Siapa yang merancang (semua) ini? Rahim Thamby Chik. Adakah Umno sudah tidak ada mereka yang lebih berwibawa?' katanya dengan merujuk kepada mantan Ketua Pemuda Umno yang terpaksa meletakkan jawatan ketua menteri Melaka selepas dikaitkan dengan tuduhan merogol seorang gadis bawah umur.Ketika berucap pada majlis solat hajat di rumahnya di Segambut dekat sini malam kelmarin, yang dihadiri sekitar 400 orang, Datuk Seri Anwar berkata:'Pada hari pertama, Umno berpendapat bahawa kita sudah habis.'Tetapi sekarang pembabitan Rahim Thamby Chik sudah jelas, kita boleh lihat bahawa video itu tiada kredibiliti.'Datuk Seri Anwar juga mempersoalkan mengapa polis tidak menahan 'Datuk T' meskipun mengakui memiliki dan mempertontonkan rakaman video seks itu kepada awam sejak Isnin lalu termasuk kepada wakil-wakil media, lapor laman berita The Malaysian Insider.Ketua Pembangkang itu juga menambah, kes liwat semasa juga karut kerana tidak konsisten dari segi bukti DNA dan juga sama ada terdapat sebarang penetrasi ke dalam dubur tertuduh, Encik Mohd Saiful Bukhari Azlan.Mantan timbalan perdana menteri dari 1993 hingga 1998 itu telah membuat laporan polis mengenai isu rakaman video seks, Selasa lalu.Datuk Anwar juga mendakwa bahawac Perdana Menteri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, terlibat dalam kes ini yang Pakatan Rakyat anggap sebagai satu konspirasi baru menjelang pilihan raya negeri Sarawak dan pilihan raya umum ke-13 yang dipercayai diadakan dalam waktu terdekat.Kelmarin, Tan Sri Abdul Rahim telah menyerahkan video aksi seks berkenaan, yang sebelum ini didakwa dirakamkan pada 21 Februari lalu, kepada polis setelah disoal siasat selama lima jam di ibu pejabat polis di Bukit Aman di sini.

No comments:

Post a Comment