SAYU: Cik Norazilawati Ibrahim tidak dapat menahan kesedihan melihat tempat kejadian yang meragut nyawa anak bongsunya, Nur Hasniatul Nabila Zaidi, 13 bulan, yang dipercayai terjatuh dari rumahnya yang dinaiki air. - Foto HARIAN METRO KUALA TERENGGANU: Seorang bayi berusia 13 bulan, Nur Hasniatul Nabila Zaidi, mati lemas apabila pekarangan rumah keluarganya di Kampung Raja Baram, Chendering, dinaiki air 0.2 meter kira-kira 8 pagi kelmarin. 'Apabila tengok anak bongsu tiada di sisi ketika bangun tidur, saya bingkas mencarinya. Sebaik membuka pintu depan, luluh hati saya apabila nampak dia terapung-apung dalam air dengan sebelah tangannya memegang anak tangga,' kata ibunya, Cik Norazilawati Ibrahim, 30 tahun.Cik Norazilawati berkata, sebaik melihat anaknya dalam keadaan demikian, beliau terus mengangkat bayi itu dan memanggil suaminya, Encik Zaidi Mamat, 32 tahun, seorang nelayan.Namun, usaha mereka menyelamatkan anak bongsu dua beradik itu dengan memberi pertolongan cemas, gagal.Cik Norazilawati menambah, sebelum kejadian itu, beliau bersama anak dan suaminya tidur di ruang tamu berhampiran pintu depan kerana khuatir air semakin naik, selepas pekarangan rumah dinaiki air akibat hujan lebat sejak petang Khamis lalu.Katanya, kira-kira 2 pagi, beliau terjaga dan mengalihkan Nur Hasniatul Nabila dari buaian untuk tidur di sebelahnya sebelum bayi itu merengek minta susu kira-kira 4 pagi.'Saya tidak sangka itu kali terakhir melihat wajah anak yang menangis mahukan susu sebelum menemuinya terapung-apung dalam air pagi tadi (kelmarin),' katanya. -- Harian Metro. |
Sunday, March 27, 2011
Bayi lemas apabila rumah dinaiki air
Labels:
lemas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment