Sunday, March 27, 2011

Datuk Johari nafi minta 'wang pelincir' RM100,000



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, menegaskan beliau tidak pernah meminta 'wang pelincir' RM100,000 ($41,680) daripada 'Datuk T' sebagai pendahuluan selepas menonton rakaman video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Isnin lalu.
Malah, wakil rakyat itu menegaskan, beliau tidak meminta insentif bagi mengaturkan lima ahli Parlimen PKR yang lain menonton rakaman video seks.'Taklah RM100,000, kita ahli Parlimen bukanlah lekeh sangat, baik saya minta RM3 juta atau RM4 juta,' kata beliau pada sidang media di sini, kelmarin.Sebelum ini, salah seorang 'Datuk T', Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, mendedahkan, Johari ada meminta wang 'pelincir' berjumlah RM100,000 sebagai wang pendahuluan selepas menonton rakaman video seks itu.Selain itu, Datuk Johari juga didakwa meminta wang berjumlah RM1 juta bagi setiap wakil rakyat dari Pakatan Rakyat bagi menonton video seks itu, namun permintaan tersebut ditolak.'Kami ada tayangkan video seks itu kepada Johari dan beliau mengatakan lelaki dalam video itu adalah Anwar dan minta RM100,000 sebagai pelincir.'Kemudian beliau minta lagi RM1 juta bagi satu kepala wakil rakyat dari PKR yang beliau bawa, antara enam hingga tujuh orang,' kata Tan Sri Abdul Rahim.Tan Sri Abdul Rahim merupakan salah seorang 'Datuk T' yang turut melibatkan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim yang telah menayangkan video seks itu kepada media Isnin lalu di Hotel Carcosa Seri Negara.Pada sidang media kelmarin, Datuk Johari berkata, beliau tidak banyak bercakap kerana takut akan diperangkap dengan merakamkan percakapan beliau ketika dipertontonkan rakaman itu di Hotel Flamingo, Isnin lalu.'Ketika dipertontonkan, saya tidak banyak buka mulut... ada tanya beberapa soalan, tetapi tidak kata apa-apa (yang lain),' katanya.Ketika ditanya mengapa beliau diundang menonton rakaman video itu, Datuk Johari berkata, beliau juga masih belum mendapat jawapan.'Ini soalan yang bagus... isteri saya pun tanya saya mengapa saya dipanggil (tonton video seks),' katanya lagi.Bagaimanapun jelas Datuk Johari, ia kemungkinan kerana beliau rapat dengan kepimpinan Umno.'Saya sangat rapat dengan kebanyakan menteri khususnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi... mungkin mereka menganggap bahawa mereka boleh memujuk saya,' kata wakili rakyat ini.'Dan, kemungkinan mereka berpendapat bahawa saya seorang yang kelihatan ada gaya, yang juga seorang beriman. Kemungkinan mereka mengharapkan bahawa saya akan melompat (keluar PKR) sebaik sahaja nampak wajah Anwar (dalam video seks itu),' jelas beliau.'Kemudian, kemungkinan mereka mengandaikan bahawa dengan menghormati pak cik saya (Datuk Shuib Lazim), saya akan percaya video itu,' tambah Datuk Johari. -- Agensi.

No comments:

Post a Comment