Sunday, March 27, 2011

Seronoknya naik teksi 'serba lengkap'


BERKHIDMAT UNTUK PENUMPANG: Encik Rafee, membenarkan seorang penumpang, Cik Shen Xuesheng, menggunakan komputer riba, antara alat perhubungan yang dipasang dalam teksinya, tanpa mengenakan sebarang bayaran tambahan. -- Foto JOHARI RAHMAT

SINGAPURA
Pemandu sediakan telefon, komputer, pengecas, pencetak dan mesin urut percuma untuk penumpang

Oleh
Linilidia Abdul Hamid

JIKA anda berpeluang menaiki teksi Encik Mohamad Rafee Naina Mohamad, anda bukan sahaja dapat menikmati perjalanan menyeronokkan.
Malah, anda boleh menggunakan telefon, komputer riba, alat pencetak laser, khidmat mengecas pelbagai jenis telefon dan juga alat mengurut bahu - kesemuanya dalam teksinya.Bahkan, Encik Rafee, pemandu teksi CityCab berusia 49 tahun, sudah tentu dapat memenuhi syarat yang akan diperkenalkan Oktober ini bagi memastikan keselamatan dan perkhidmatan kepada penumpang terjamin.Encik Rafee berkata beliau mula menawarkan pelbagai khidmat itu beberapa tahun lalu apabila seorang penumpang terpandang komputer riba dalam teksinya.'Beliau minta izin menggunakan komputer riba saya untuk memeriksa e-melnya. Saya izinkan dan selepas itu semakin ramai penumpang yang mula 'meminjam' komputer riba saya,' ujar ayah dua anak lelaki dewasa itu.Katanya, selepas mula 'meminjamkan' komputer ribanya kepada penumpang, ada pula yang meminta beliau sediakan alat pencetak dalam teksinya.'Saya fikir mengapa tidak dan dari situ saya mula tawarkan penggunaan alat perhubungan seperti telefon dan kamera, yang menggunakan protokol Internet (IP),' katanya.Lebih menarik lagi, Encik Rafee menawarkan penggunaan kesemua alat-alat itu kepada penumpangnya tanpa mengenakan sebarang bayaran tambahan.'Bagi saya, ia adalah satu khidmat tukikan yang dapat saya berikan. Lagipun, kos menggunakan alat-alat itu semua tidaklah terlalu tinggi,' ujarnya.Walaupun beliau tidak mengenakan sebarang bayaran, Encik Rafee sering menerima tip.'Ada penumpang yang kata mereka malu jika tidak berikan sebarang tip setelah menggunakan peralatan dalam teksi saya tetapi saya sendiri tidak pernah meminta,' kata beliau.Menceritakan bagaimana khidmat yang disediakannya mendatangkan manfaat kepada penumpang, Encik Rafee berkongsi kisah seorang penumpang yang tergesa-gesa mahu ke bangunan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) untuk mencetak penyata CPF-nya.Penumpang tersebut menaiki teksinya di Toa Payoh dan ingin ke bangunan CPF di Bishan dan beliau kelihatan tergesa-gesa kerana ketika itu sudah lewat petang.'Sebelum saya bergerak, saya sempat bertanya apa tujuannya ke bangunan CPF itu. Apabila saya dapat tahu, saya memberitahu beliau saya boleh cetakkan penyata CPF-nya tanpa ke bangunan CPF.'Saya berkata saya takut beliau nanti tidak sempat mencetak penyata akaunnya memandangkan waktu sudah lewat,' tambah beliau.Menurut Encik Rafee, penumpang tersebut mencetak penyata akaunnya tanpa sedikit pun berganjak dari tempat duduknya dalam teksi beliau.Ditanya jika beliau akan menambah peralatan dalam teksinya, Encik Rafee berkata beliau pernah menerima permintaan menyediakan peralatan karaoke.'Tapi saya rasa saya lebih cenderung sediakan alat perhubungan sahaja dan bukan alat hiburan,' ujarnya.Pegawai Perhubungan Korporat Kumpulan ComfortDelGro Corporation, Cik Tammy Tan, berkata pihaknya gembira para penumpang berpuas hati dengan khidmat tambahan yang ditawarkan pemandu teksi.

No comments:

Post a Comment