Saturday, March 19, 2011

Jepun akan bangun semula: Naoto Kan


OSAKA: Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan semalam berikrar negara itu akan mengatasi krisis paling buruk selepas perang dan sekali lagi membina semula negara itu selepas gempa bumi dan tsunami memusnahkan kawasan timur lautnya.
Berucap kepada rakyat Jepun, Kan menyuarakan keyakinan bahawa kerajaannya akan dapat mengawal krisis loji nuklear Fukushima ketika Jepun berusaha menangani bencana radioaktif.

“Kita akan mengatasi tragedi ini dan pulih “Kita sekali lagi akan membina semula Jepun,” katanya dalam ucapan menerusi televisyen, katanya. Pemimpin itu, sambil memakai pakaian perkhidmatan kecemasan bercakap demikian seminggu selepas Jepun dilanda gempa paling teruk hingga memusnahkan sebahagian besar kawasan pantai timur laut serta merosakkan sistem penyejukkan loji nuklearnya.

Kan mengaku Jepun masih berdepan dengan kesukaran amat besar dalam menangani masalah di loji Fukushima itu yang mengalami beberapa letupan.

Ketika petugas berdepan dengan bahaya untuk mengelak peleburan sepenuhnya loji itu, Kan berkata: “Kita akan menguasai keadaan sepenuhnya dan akan berupaya untuk bangkit daripada masalah itu.” Dalam usahanya untuk meningkatkan semangat rakyat, Kan mengingatkan mereka dengan kejayaan membina semula negara itu selepas Perang Dunia Kedua.

“Kita berada dalam keadaan yang benar-benar mennguji kita. “Meskipun kita digelar negara pulau yang kecil, kita berjaya membina semula negara ini selepas perang dengan pencapaian yang menakjubkan.

“Dengan kuasa rakyat, kita akan bina semula negara ini selepas ini. “Kita tidak boleh gagal hanya kerana gempa bumi dan tsunami. Kita akan membina semula Jepun bermula dari kosong. “Kita akan menghadapi krisis ini dengan keyakinan,” kata Kan. - AFP

No comments:

Post a Comment