Saturday, March 19, 2011

Jepun pertingkat tahap krisis nuklear




MENGINGATI KORBAN BENCANA: Penduduk di Tanohata, timur laut Jepun, bertafakur selama seminit pada 2.46 petang waktu tempatan semalam bagi memperingati korban gempa dan tsunami yang melanda negara mereka seminggu lalu. -- Foto AP


TOKYO: Jurutera Jepun bertungkus lumus cuba mengelakkan bencana radiasi terlepas dari sebuah loji nuklear yang rosak teruk di utara Tokyo semalam, sedang Amerika Syarikat berkata usaha menyejukkan batang bahan api di loji itu mungkin makan masa beberapa minggu.Pihak berkuasa Jepun meningkatkan tahap krisis nuklear itu kepada Tahap 5 daripada 4 dalam satu skala antarabangsa 7 mata. Ini meletak krisis di loji Jepun itu setanding dengan yang berlaku di Three Mile Island, Pennsylvania, Amerika Syarikat, pada 1979.Penilaian itu timbul selepas kerajaan Jepun meminta bantuan Amerika dan mengakui tindakan ke atas krisis nuklear itu lambat kerana ia terpaksa menangani gempa bumi dan tsunami.Kereta-kereta tentera terus menyembur air ke unit-unit reaktor itu, yang semakin panas, dan syarikat pengendali loji itu berkata ia berharap dapat selesai menyambung satu talian kuasa baru lewat semalam agar dapat menggerakkan semula sistem penyejukan bagi sekurang-kurangnya dua daripada enam reaktor itu.Bagaimanapun, tidak ada sesiapa menjangka krisis itu, yang masuk minggu kedua sejak berlaku gempa berukuran 9.0 pada di skala Richter dan tsunami Jumaat lallu itu, boleh diselesaikan dalam masa terdekat.Laporan lain11Jurucakap agensi nuklear Jepun mengakui satu 'penyelesaian Chernobyl', iaitu menimbuskan reaktor itu dalam pasir dan konkrit, ada bermain dalam fikiran pihak berkuasa.Berjuta-juta penduduk Tokyo berkurung dalam rumah semalam kerana takut akan terjadi letupan bahan radioaktif daripada loji 240 kilometer ke utara itu, walaupun angin bertiup lebih berkemungkinan membawa asap atau wap tercemar jauh dari bandar itu, ke Lautan Pasifik.Bencana nuklear Jepun itu, paling teruk sejak tragedi di Chernobyl, dalam wilayah Ukraine di bekas Soveit Union pada 1986, telah mencetuskan rasa cemas dan penilaian semula loji nuklear di seluruh dunia.Presiden Barack Obama bagi Amerika, yang menegaskan negaranya tidak menjangka radiasi akan sampai di perairannya, mengumumkan bahawa beliau telah mengarahkan satu penilaian semula loji nuklear domestik dan mengikrarkan bantuan kepada Jepun.Pengawal nuklear utama Amerika, berkata usaha menyejukkan batang-batang bahan api yang semakin membahang di loji Fukushima Daiichi itu mungkin memakan masa berminggu-minggu.Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) berpangkalan di Vienna, Encik Yukiya Amano, dijangka kembali ke Jepun, bersama sepasukan pakar antarabangsa selepas mengadu maklumat dari tanah airnya itu tidak mencukupi.Agensi nuklear itu berkata paras radiasi di loji itu mencapai 20 millisievert sejam. Had bagi kakitangannya ialah 100 sejam.Sekalipun para jurutera dapat menyambungkan tenaga di loji nuklear itu, belum jelas apakah pam-pam itu boleh bergerak kerana alat itu juga rosak dalam gempa dan letupan-letupan susulan.Terdapat kebimbangan bahawa akan terjadi kejutan elektrik yang boleh menyebabkan satu lagi letupan.Kerajaan Jepun telah mengarahkan semua penduduk dalam lingkungan 20 kilometer loji itu berpindah, dan menasihati mereka di dalam lingkungan 30 kilometer supaya jangan keluar rumah.Agensi Polis Nasional mengesahkan semalam 6,911 maut dalam gempa dan tsunami itu, dan 9,522 orang belum ditemui.Semalam pekerja bantuan dan mangsa terselamat di pusat-pusat pemindahan bertafakur seminit pada 2.46 petang waktu tempatan bagi mengenang korban gempa dan tsunami yang melanda seminggu lalu. -- AP, Reuters.
cyberita

No comments:

Post a Comment