Saturday, March 19, 2011

Tiger Woods sukar kawal kentut kuat





2011/03/19

FLORIDA: Bekas pemain golf nombor satu dunia, Tiger Woods, mungkin sudah berusaha sedaya upaya membaiki imejnya yang terjejas tahun lalu selepas kecurangannya didedahkan media. 

Bagaimanapun, masih ada beberapa tabiat bintang sukan berkenaan yang tidak mampu diubah.
Satu tabiat Woods yang belum dapat diubah ialah kebiasaannya menyumpah, menyeranah dan memaki hamun.
Selain itu dia juga mengalami masalah kentut tidak terkawal yang diperlihatkan minggu ini. 

Woods sedang membuat latihan pukulan pada kejohanan Piala Tavistock apabila kamera stesen televisyen Golf Channel merakam bunyi kentutnya ketika seorang lagi pemain golf terkenal Graeme McDowell bersedia membuat pukulan. 

Bunyi kentut Woods kedengaran dan rakaman televisyen menunjukkan Woods dan kedinya, Steve Williams, cuba menahan ketawa selepas McDowell membuat pukulan. 

Pengulas rangkaian itu merujuk kentut Woods sebagai ‘bunyi bising penonton’ tetapi kebanyakan peminat sukan golf mengetahui perkara sebenar, tambahan pula kedua-duanya dilihat sedang ketawa. 
Apapun, sejak kembali bertanding, Woods berkata dia mahu merampas semula kedudukan sebagai pemain golf nombor satu dunia. 

“Saya kecewa. Saya seronok memenangi kejuaraan golf tetapi agak lama tidak mencapai sebarang kejayaan,” katanya. 

Woods juga mendedahkan dia sedang berusaha memperbaiki kehidupan peribadi selain cuba menjadi bapa yang baik kepada kedua-dua anaknya, Sam, 3 dan Charlie, 2. – Agensi 

No comments:

Post a Comment