Saturday, March 19, 2011

Jepun minta bantuan Amerika



TOKYO 18 Mac – Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yukio Edano berkata, Tokyo hari ini meminta bantuan Amerika Syarikat (AS) dan kedua-dua pihak sedang membincangkan usaha yang perlu dilakukan.
Kepulan asap terus keluar dari reaktor No. 2 di loji berkenaan hari ini ketika pekerja kecemasan bertungkus lumus menyambungkan bekalan elektrik ke sistem penyejuk reaktor dan menyimbah lebih banyak air ke atas loji berkenaan.
Agensi Keselamatan Nuklear dan Industri Jepun (NISA) hari ini menaikkan tahap krisis dari peringkat empat ke peringkat lima dalam skala antarabangsa yang menyamai kejadian di Three Mile Island, AS pada 1979.
Operasi menyimbah air ke atas loji nuklear Fuskushima hari ini akan digiatkan dengan bantuan jentera-jentera bomba.
Menurut pegawai, usaha penting untuk mengawal krisis nuklear Jepun kini bergantung kepada pemasangan satu talian kuasa baru elektrik yang membolehkan sistem penyejuk reaktor kembali beroperasi.
Operator loji, Tokyo Electric Power Co. (TEPCO) sepatutnya menyudahkan kerja-kerja pemasangan itu semalam tetapi ia dijangka siap dalam tempoh 10 hingga 15 jam hari ini, kata jurucakap agensi keselamatan nuklear, Minoru Ohgoda. - Agensi

No comments:

Post a Comment