2011/03/19
TOKYO: Jurutera sudah menyambung kabel kuasa pada bahagian luar loji tenaga nuklear yang lumpuh akibat tsunami dalam usaha terdesak menghidupkan semula pam air bagi menyejukkan rod bahan api yang terlampau panas dan menghalang pelepasan radiasi. Penyambung kabel di bahagian dalam loji berkenaan sedang dilakukan sebelum cubaan menghidupkan semula pam air sistem penyejukan loji Fukushima Daiichi itu dapat dilakukan.
Hampir 300 jurutera berusaha mencari penyelesaian kepada usaha menyambung semula bekalan elektrik ke loji dengan enam reaktor itu.
Menurut pihak berkuasa, jurutera terbabit berjaya menghidupkan semula pam diesel yang pernah digunakan untuk menyejukkan reaktor No.5.
Agensi berita Jiji melaporkan TEPCO sudah mula menggunakan pam air berkuasa diesel di reaktor No.5. - Reuters
No comments:
Post a Comment