SARKOZY ditarik hingga hampir terjatuh ketika menemui penduduk di bandar Brax, barat laut Perancis.
PARIS: Seorang lelaki di celah khalayak ramai menarik bahu Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, dan hampir menyebabkan pemimpin itu terjatuh sebelum anggota keselamatan menahannya.Kejadian tidak disangka-sangka itu berlaku ketika Sarkozy berjabat tangan dengan penduduk di bandar Brax, barat laut Perancis.Lelaki berusia 32 tahun itu tidak bersenjata dan tinggal di wilayah Lot-et-Garonne dan bekerja dalam bidang teater, kata polis.
Lelaki itu disoal siasat di bandar Agen yang berdekatan selepas ditahan.
Televisyen Perancis menyiarkan gambar menunjukkan Sarkozy menghulur tangan melepasi penghadang besi apabila bahunya ditarik menyebabkan pemimpin itu terhumban ke depan orang ramai.
“Lelaki itu boleh dihukum penjara dan didenda £40,000 (RM200,000) jika didapati bersalah menyerang tokoh awam,” kata sumber kehakiman di sini.
Peri laku agresif Sarkozy kadang kala mencetuskan kejadian tidak diingini ketika pemimpin itu menemui orang ramai.
Pada 2008, beliau terbabit dalam perang mulut dengan seorang awam di pesta tani di Paris, dan Sarkozy dipetik sebagai memberitahunya: “Berambus dari sini, bangsat.”
Awal dalam pentadbirannya, Sarkozy menyuarakan kesediaan berlawan dengan seorang nelayan yang menuduh gajinya terlalu tinggi.
Sarkozy juga sering dibaling termasuk wang syiling dan batu ketika beliau melawat kawasan perumahan utama di seluruh kota ini. Beliau juga mencetuskan kemarahan di seluruh negara sebagai Menteri Dalam Negeri apabila menuduh penunjuk perasaan sebagai ‘bajingan’.
Ancaman bunuh termasuk peluru juga diterima oleh Sarkozy yang berada di istana. Apapun, insiden terbaru ini adalah kali pertama seseorang dapat mendekati dan menyerang Presiden Perancis. – Agensi Berita Harian Online | Lelaki serang PM Perancis
No comments:
Post a Comment