Friday, July 1, 2011

Michelle Yeoh 'sedih' diusir


HONG KONG - Bekas pemegang watak gadis Bond, Datuk Michelle Yeoh yang kini memegang peranan pemimpin pro-demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi untuk sebuah filem bioepik menyatakan kesedihannya kerana diusir dari Myanmar baru-baru ini.

Pelakon berusia 48 tahun itu dikatakan tiba di Yangon pada 22 Jun lalu dan diusir pada hari yang sama. Alasannya, Yeoh berada dalam senarai hitam, jelas seorang pegawai di sana.

Watak ikon demokrasi yang dimainkan oleh Yeoh hasil arahan pengarah Luc Beson itu menunjukkan beliau ditembak di Thailand. Filem bertajuk The Lady itu dijangka ditayangkan pada hujung tahun ini.

Dalam komen pertama mengenai pengusirannya, Yeoh menyatakan beliau terkejut dan berasa sangat sedih atas tindakan tersebut.

Yeoh bagaimanapun mengakui tidak berkecil hati dan tetap sukakan Myanmar serta rakyatnya. Beliau memberitahu dilayan dengan sewajarnya oleh pegawai imigresen Myanmar di Yangon, walaupun tidak diberi sebab atas pengusirannya.

"Saya sentiasa berharap untuk melihat negara ini meneruskan usahanya ke arah keamanan, demokrasi dan boleh kembali ke sini tidak lama lagi," kata Yeoh.Kosmo! Online - Negara

No comments:

Post a Comment