Friday, July 1, 2011

Diarah bela diri

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Sabak Bernam, Abdul Rahman Bakri diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen, di sini untuk membela diri atas lapan tuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM80,000 ketika menjadi Ahli Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar, tiga tahun lalu.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh. Mahkamah menetapkan 14 dan 15 September depan sebagai tarikh untuk tertuduh membela diri.


Mengikut pertuduhan, Abdul Rahman, 46, didakwa menggunakan dokumen peruntukan palsu iaitu Surat Adun mengandungi butiran bagi tuntutan program dan aktiviti yang tidak pernah dijalankan.

Tuntutan itu membabitkan pembelian hadiah, cenderamata dan jamuan Program Motivasi Pelajar di Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar; Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga di Dewan Simpang 4 Bagan Nakhoda Omar (BNO); Program Forum Perdana Peringkat Mukim BNO; Program Mesra Rakyat dan Sambutan Maulud Nabi dan Program Mesra Rakyat Hari Keluarga Guru Kemas.


Semua tuntutan palsu itu membabitkan RM10,000 setiap satu.


Dia didakwa melakukan semua perbuatan itu di Pejabat Daerah Sabak Bernam dekat sini, antara 21 Januari hingga 12 Februari 2008.

Bagi setiap pertuduhan, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama. Ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan. Pada prosiding semalam, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa.


Manakala, tertuduh diwakili peguam Kamarul Hisham Kamaruddin.myMetro | Diarah bela diri

No comments:

Post a Comment