Friday, July 1, 2011

Pakistan tutup markas pesawat tentera Amerika

NEW DELHI: Pakistan menutup pangkalan tentera yang digunakan Amerika Syarikat (AS) untuk melancarkan misi serangan pesawat kawalan jauh menyasarkan militan di sempadannya.

Tindakan itu dibuat selepas ia menggesa AS menghentikan penerbangan pesawat itu daripada beroperasi.
Menteri Pertahanan Pakistan, Chaudhary Ahmed Mukhtar, berkata kelmarin bahawa Islamabad menamatkan operasi AS di pangkalan udara Shamsi di Baluchistan.
Tindakan itu selepas satu sentimen anti-AS memuncak berikutan pembunuhan pengasas al-Qaeda, Osama bin Laden bulan lalu dalam satu serbuan di Abbottabad, sebuah penempatan berbukit di Pakistan.

Pangkalan Shamsi, kira-kira 300 kilometer dari Quetta dan hampir kepada sempadan Afghan, digunakan untuk melancarkan serangan mengejut ke atas militan, sebahagian kempen yang dikatakan Amerika menghapuskan kira-kira separuh kepimpinan al-Qaeda. – Agensi
Berita Harian Online | Pakistan tutup markas pesawat tentera Amerika

No comments:

Post a Comment