Friday, July 1, 2011

IAEA tegaskan projek kilang nadir bumi Lynas di Kuantan selamat



KILANG nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan didapati selamat untuk beroperasi oleh IAEA.


KUALA LUMPUR - Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) memutuskan bahawa kilang nadir bumi Lynas Corporation Ltd. (Lynas) di Gebeng, Pahang adalah selamat.

Bagaimanapun, syarikat dari Australia itu perlu melaksanakan pelbagai langkah penambahbaikan dalam beberapa bidang sebelum ia boleh meneruskan operasi peringkat seterusnya.

Satu laporan yang dikeluarkan oleh pemantau nuklear itu semalam menyatakan bahawa ia tidak menemui sebarang ketidakpatuhan terhadap standard keselamatan radiasi antarabangsa dalam projek itu.

Bagaimanapun, pasukan pengkaji IAEA mengenal pasti 10 isu yang disifatkannya perlu dilakukan penambahbaikan sebelum pengeluaran lesen bagi fasa seterusnya untuk projek Lynas.Kosmo! Online - Negara

No comments:

Post a Comment