MANILA: Lima warga asing ditahan kerana mengendalikan kelab malam di bekas Pangkalan Tentera Udara Amerika Syarikat di sini membabitkan beratus-ratus pekerja seks bawah umur yang diperdagangkan secara haram di selatan negara itu.
Tiga warga Amerika Syarikat, seorang warga Jepun dan Australia ditahan selepas Kumpulan Pengesan dan Siasatan Jenayah Polis Nasional Filipina (CIDG) menyerbu kelab malam Sunshine Bar, Blue Nile dan Golden Nile di Fields Avenue di perkampungan Balibago, Selasa lalu, kata pengarah CIDG, Ketua Superintendan Samuel Pagdilao Jr, kelmarin.Seorang daripada tahanan dikenali sebagai Terrence James Smith dari Australia, pengurus Sunshine Bar. Tiga daripada empat orang masih ditahan sementara seorang rakyat Amerika dibebaskan, kata sumber.Jika sabit kesalahan, mereka akan didakwa dengan tuduhan pemerdagangan manusia, yang membawa hukuman penjara seumur hidup.
Kira-kira 17 wanita diselamatkan dari Sunshine Bar. Bakinya adalah dari bar lain. – Agensi Berita Harian Online | 5 warga asing jadi bos kelab malam ditahan
No comments:
Post a Comment