Tuesday, July 10, 2012

Agama Syi’ah: Kedudukan Imam-Imam Adalah Seperti Nabi-Nabi Bahkan Mengatasi Mereka.


 PERHATIAN : INI ADALAH KARANGAN SYIAH...JANGAN DIAMBIL SEBAGAI PANDUAN

TERJEMAHAN

Agama Syi’ah: Kedudukan Imam-Imam Adalah Seperti Nabi-Nabi Bahkan Mengatasi Mereka.



Sesungguhnya nabi-nabi dan imam-imam a.s. diberikan taufik oleh Allah serta dikurniakan daripada perbendaharaan ilmu dan hikmah-hikmahNya (Allah) kepada mereka apa yang tidak diberikan kepada orang lain lalu ilmu mereka mengatasi ilmu orang yang sezaman dengan mereka sesuai dengan firman Allah ta’ala: “Maka adakah yang dapat memberi hidayat petunjuk kepada kebenaran itu, lebih berhak diturut ataupun yang tidak dapat memberi sebarang petunjuk melainkan sesudah dia diberi hidayat petunjuk? Maka apakah alasan sikap kamu itu? Bagaimana kamu sanggup mengambil keputusan (dengan perkara yang salah, yang tidak dapat diterima oleh akal)?” (Surah Yunus 35) serta firman-Nya: “Dan barang siapa yang dianugerahi al hikmah itu, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah).” (Surah al-Baqarah 269) dan firman-Nya berkenaan Thalut: “(Nabi mereka) berkata: "Sesungguhnya Allah telah memilihnya menjadi rajamu dan menganugerahinya ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa." Allah memberikan pemerintahan kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah 247). Dan Ia berfirman kepada Nabi-Nya s.a.w.: “Allah telah menurunkan kepadamu Kitab (Al-Quran) serta Hikmah (pengetahuan yang mendalam) dan telah mengajarkanmu apa yang engkau tidak mengetahuinya dan adalah kurnia Allah yang dilimpahkanNya kepada mu amatlah besar.” (Surah an-Nisa’ 113) dan Allah berfirman berkenaan imam-imam dari kalangan ahl bait nabi-Nya dan keturunannya a.s.: “Atau patutkah mereka dengki kepada manusia (Nabi Muhammad dan umatnya) disebabkan nikmat (pangkat Nabi dan agama Islam) yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya? Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: Kitab (agama) dan hikmat (pangkat Nabi) dan kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang besar. Maka di antara mereka (kaum Yahudi yang dengki itu) ada yang beriman kepada (apa yang telah di kurniakan oleh Allah kepada keluarga Nabi Ibrahim) itu dan ada pula di antara mereka yang berpaling daripadanya (tidak beriman) dan cukuplah dengan Neraka Jahannam yang sentiasa menyala-nyala itu (menjadi tempat seksa mereka).” (Surah an-Nisa’ 54,55).

Sesungguhnya bila Allah ‘azza wa jalla memilih seorang hamba untuk melaksanakan urusan hamba-hamba-Nya, dia akan menyinari hatinya, meletakkan di dalam hatinya sumber-sumber hikmah, sentiasa mengilhamkannya dengan ilmu, tidak lemah selepas itu di dalam memberikan jawapan, tidak melencong dari ketepatan. Ia adalah maksum serta dibantu, diberi taufik serta diluruskan segala tindakannya. Ia selamat dari sebarang kesilapan, kegelinciran dan keburukan. Allah mengkhususkannya dengan sifat-sifat sedemikian supaya ia menjadi hujah kepada hamba-hambaNya, pembantunya terhadap segala makhluk-Nya. Yang demikian adalah kurnian Allah yang Ia berikan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah mempunyai kurniaan yang sangat luas.

(Usul al-Kafi jil. 1 hal. 202,203)

Kesimpulan:

# Golongan Syi’ah beri’tiqad bahawa imam-imam mereka diberikan taufik serta dikurniakan ilmu daripada perbendaharaan ilmu dan hikmah Allah ta’ala sebagaimana yang dikurniakan kepada nabi-nabi a.s..

# Golongan Syi’ah melebihkan imam-imam mereka daripada nabi-nabi a.s. bila mereka beri’tiqad bahawa imam-imam bukan sekadar maksum dari dosa-dosa bahkan maksum dari sebarang kesilapan dan kegelinciran.

# Kepercayaan seperti ini adalah merupakan satu kewajipan dan sesiapa yang tidak mempercayainya maka ia bukanlah seorang Islam.
 —

No comments:

Post a Comment