Tuesday, July 10, 2012

Syi’ah: Ahlus Sunnah Adalah Kafir Dan Najis

PERHATIAN : INI ADALAH KARANGAN SYIAH...JANGAN DIAMBIL SEBAGAI PANDUAN.!!!!

Terjemahan

Syi’ah: Ahlus Sunnah Adalah Kafir Dan Najis

Adapun Nasibi[1], keadaannya dan hukum tentangnya maka telah diterangkan tentangnya iaitu dua perkara. Pertama, dalam menerangkan makna Nasibi yang disebutkan di dalam riwayat-riwayat bahawa mereka adalah najis dan lebih buruk daripada Yahudi, Nasrani dan Majusi. Mereka juga adalah kafir serta najis dengan kesepakatan ulama Imamiyyah (keredhaan Allah untuk mereka). Pendapat yang dipegang oleh kebanyakan ashab (ulama Syi’ah) ialah mereka adalah orang yang menyatakan permusuhan terhadap Ahlul Bait Muhammad s.a.w.[2] dan sentiasa melahirkan kebencian terhadap mereka (Ahlul Bait) sebagaimana yang terdapat di kalangan Khawarij dan sebahagian mereka yang tinggal di Waraa an-Nahr[3]. Dan mereka (ulama Syi’ah) menyusun hukum-hukum dalam bab bersuci, najis, kufur, iman, harus berkahwin dan tidak harus ke atas Nasibi berdasarkan makna di atas.

(Rujukan: Sayyid Ni’mat Allah al-Musawi al-Jazairi al-Anwar an-Nu’maniyyah jil. 2 hal. 306)

Kesimpulan:

> Syi’ah beri’tiqad bahawa Ahlus Sunnah adalah kafir, najis dan lebih teruk daripada Yahudi, Nasrani dan Majusi.

> Syi’ah mengatakan Ahlus Sunnah memusuhi Ahlul Bait Nabi s.a.w. kerana tidak beriman terhadap mereka sebagaimana yang dipegang oleh Syi’ah.

> Syi’ah menyimpulkan hukum-hukum terhadap Ahlus Sunnah berdasarkan pegangan mereka bahawa Ahlus Sunnah adalah kafir, najis dan sebagainya.

=========================================================

[1] Nasibi ialah gelaran kepada Ahlus Sunnah yang digunakan oleh Syi’ah. Ini dibuktikan sendiri oleh al-Kulaini ketika beliau meriwayatkan bahawa Imam Ja’far as-Sadiq menggelarkan Nasibi kepada Imam Abu Hanifah yang merupakan salah seorang imam Ahlus Sunnah (ar-Raudhah min al-Kafi jil. 8 hal. 292).

[2] Memusuhi dan membenci Ahlul Bait di sisi Syi’ah bermaksud tidak menerima dan beriman terhadap mereka sebagaimana yang akidah yang dianuti oleh penganut Syi’ah.

[3] Bermaksud di sebalik sungai. Yang dimaksudkan di sini ialah di sebalik sungai Jaihun di Khurasan iaitu kawasan yang didiami oleh ramai dari kalangan ulama Ahlus Sunnah. Ia merangkumi Bukhara, Samarqand dan kawasan sekitarnya. Maksud pengarang kitab ini ialah ulama Ahlus Sunnah.
 

No comments:

Post a Comment